Malaysian Attention Engine
Live wire
58PN boleh cabar notis RoS, penangguhan tidak dibenarkan46General : Malaysia Seeks China's Expertise In Disaster Early Warning Systems45KPDN kaji gubal undang-undang bendung 'ulat tiket'45Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari45General : Malaysia Cautious Over Proposal To Co-chair The Hague Group - Mohamad45Perikatan gets High Court nod to challenge RoS suspension, but activities remain suspended pending Oct 22 stay bid43Sistem kutipan tol MLFF bakal guna teknologi AI - Alexander42IMF says AI investment keeps global growth around 3%42MyKomuter50 pass for unlimited KTM rides could land by Dec 1, Loke says40Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM37Zakat ke atas simpanan KWSP wajar diperkenalkan
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

12 pasukan sertai CommFest: Nukilan Lentera Dari Lensa, Demi Malaysia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 11:57 MYTLatest activity 13 Oct, 11:57BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelajar semester tujuh dan lapan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Komunikasi Korporat Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) baru-baru ini telah menganjurkan program pertandingan filem pendek, CommFest: Nukilan Lentera Dari Lensa, Demi Malaysia bertujuan memupuk kreativiti dan semangat patriotik dalam kalangan pelajar. (Utusan Malaysia, 11:57)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

12 pasukan sertai CommFest: Nukilan Lentera Dari Lensa, Demi Malaysia

By MEDIA MULIA · 13 Oct, 11:57 MYT

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelajar semester tujuh dan lapan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Komunikasi Korporat Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) baru-baru ini telah menganjurkan program pertandingan filem pendek, CommFest: Nukilan Lentera Dari Lensa, Demi Malaysia bertujuan memupuk kreativiti dan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Program ini melibatkan seramai 101 peserta yang terdiri daripada 12 pasukan, dengan enam pasukan bagi kategori terbuka dan enam pasukan bagi kategori sekolah.

Pengarah program itu Dayana Safiyya Zulhalmi berkata, CommFest: Nukilan Lentera merupakan sebuah program pertandingan filem pendek yang menggabungkan elemen komunikasi, kreativiti dan semangat patriotisme melalui medium penceritaan visual.

Katanya, pertandingan itu memberi peluang kepada peserta untuk mengasah bakat dan kreativiti dalam penghasilan filem pendek yang mengangkat nilai patriotisme, perpaduan, kepelbagaian budaya, warisan serta identiti Malaysia.

“Program ini turut diserikan dengan kehadiran Datuk Afdlin Shauki sebagai perasmi program dan tetamu kehormat.

“Selain itu, Sesi Perkongsian Industri turut diadakan bersama Azmi Jamsari sebagai fasilitator bagi sesi tersebut yang memberikan perkongsian berkaitan industri perfileman kepada peserta dan hadirin.

“Pertandingan ini dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada Muhammed Izzat Hasan, Prof. Madya Dr. Aminah Abd Rhapor, pelakon Vanidah Imran dan Taufiq Hanafi, manakala Faizal Ariff sebagai Ketua Juri,” katanya dalam kenyataan.

Dayana Safiyya berkata,, bagi kategori terbuka, pasukan Kibo Visuals telah dinobatkan sebagai johan, diikuti Attarfilmworks Production sebagai naib johan dan PSV Karsa di tempat ketiga.

Manakala bagi kategori sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba muncul sebagai johan, diikuti SMK Sultan Abdul Samad Petaling Jaya di tempat kedua dan SMK Tengku Ampuan Jemaah di tempat ketiga.

“Kami berharap CommFest: Nukilan Lentera bukan sekadar sebuah pertandingan filem pendek, tetapi sebuah pentas yang memberi ruang kepada generasi muda untuk menyuarakan identiti, semangat dan cerita Malaysia melalui karya kreatif yang mampu meninggalkan impak kepada masyarakat,” kata Dayana Safiyya.

Katanya, program itu juga mendapat sokongan daripada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Selain itu katanya, ia turut disokong oleh syarikat dan individu seperti HYGR Sdn. Bhd., Neatness Group Sdn. Bhd., Land Serve, Metadata Systems Sdn. Bhd., R2U Aircond & Renovation, M&S Everyday Fashion, KNK Industries, Thien Sheng Packing & Forwarding Sdn. Bhd., Tim’s Catering, KL Garage Sdn. Bhd., Mentari Beauty Resources, Aura Global Solution Enterprise, Sahadin & Co, Mid-City Language Center, MM Apparel, Rodin Creative Sdn. Bhd., Usrah Sinar Enterprise dan Majlis Bandaraya Daerah Klang.

Menurut Dayana Safiyya, CommFest: Nukilan Lentera “Dari Lensa, Demi Malaysia” telah menjadi satu platform yang menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang untuk berkongsi idea, kreativiti dan perspektif melalui medium filem pendek.

“Penganjuran program ini juga memberi pengalaman kepada para pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan komunikasi serta kemahiran pengurusan acara dalam situasi sebenar.

“Program ini diharapkan dapat terus memberi ruang kepada generasi muda dan masyarakat untuk menghasilkan karya kreatif yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut membawa mesej berkaitan patriotisme, perpaduan, budaya dan identiti Malaysia,” katanya. – UTUSAN

The post 12 pasukan sertai CommFest: Nukilan Lentera Dari Lensa, Demi Malaysia appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 12:35 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
13 Oct, 11:57 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    11:57

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.