
13 hari, 21,000 orang ziarah pusara Tun Hasmah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PUTRAJAYA – Ada yang sanggup merentas negeri, malah ada yang datang hampir setiap hari semata-mata untuk membaca al-Fatihah dan mendoakan Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali. (Kosmo!, 09:30)
Read the reporting
1 report
13 hari, 21,000 orang ziarah pusara Tun Hasmah
PUTRAJAYA – Ada yang sanggup merentas negeri, malah ada yang datang hampir setiap hari semata-mata untuk membaca al-Fatihah dan mendoakan Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali.
Sepanjang 13 hari pertama selepas pengebumian, kira-kira 21,000 orang dianggarkan mengunjungi pusara isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu di Pusara Negara, Taman Selatan, Presint 20, di sini.
Penyelia Unit Perkuburan Perbadanan Putrajaya (PPj), Mohd Ferdaus Bahili berkata, kehadiran orang ramai daripada pelbagai kaum dan agama merupakan perkara paling ketara sepanjang dua minggu beliau dan pasukannya menguruskan kawasan pusara Allahyarham.
Menurutnya, kehadiran pengunjung bermula seawal pukul 6.45 pagi hingga 10 malam pada hari-hari awal selepas pengebumian, dengan kira-kira 3,000 orang hadir pada hari pertama, diikuti sekitar 2,700 orang sehari bagi tempoh enam hari berikutnya.
“Jumlah itu kemudian berkurangan kepada anggaran 500 orang sehari sehingga hari ke-13, menjadikan keseluruhan kunjungan dianggarkan mencecah 21,000 orang,” katanya kepada Kosmo! di sini.
Bercerita lanjut Mohd. Ferdaus berkata, terdapat pengunjung dari utara, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak, malah luar negara termasuk Jepun dan kawasan tanah Arab, yang sanggup datang khusus untuk menziarahi pusara Allahyarhamah.
“Berdasarkan pemerhatian kami, ada pengunjung yang datang lebih daripada dua kali, malah ada yang hampir setiap hari sejak hari pengebumian.
“Kebanyakannya penduduk Putrajaya, khususnya wanita, yang datang untuk membaca al-Fatihah dan mendoakan Allahyarham sebagai tanda kasih serta penghargaan,” katanya.
Mohd. Ferdaus berkata, ada pengunjung yang sebak dan menitiskan air mata ketika berdoa di sisi pusara, terutama apabila Tun Dr. Mahathir turut hadir menziarahi isterinya.
Beliau yang sudah 18 tahun berkhidmat dengan PPj menganggap kehadiran luar biasa itu sebagai pengalaman yang jarang berlaku sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komuniti dan Sukan, Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Mohd. Ali Jusoh berkata, pihaknya menyelaras kawalan pergerakan pengunjung, lalu lintas, parkir, laluan keluar masuk serta keselamatan bagi memastikan urusan ziarah berjalan lancar.
Beliau berkata, pusara Allahyarhamah dibuka kepada orang ramai setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 7 malam, manakala enam kakitangan Unit Perkuburan PPj melaksanakan kerja pembersihan dan pengemasan secara berkala sekitar pukul 7 pagi dan 9 malam.
Allahyarham Tun Dr. Hasmah meninggal dunia pada 28 September lalu di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada usia 100 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 mengikut taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.
The post 13 hari, 21,000 orang ziarah pusara Tun Hasmah appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.