Malaysian Attention Engine
Live wire
43Anwar wishes M'sian athletes success at Aichi-Nagoya Asian Para Games42Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang38JPJ Negeri Sembilan berduka, Mohd. Azrul ‘pergi’ ketika bertugas36Sport : AJS Niaga Emerge Vctorious In ABGCGrand Final Held In Langkawi34Johor berdepan ancaman jerebu sejak 53 hari lalu – Onn Hafiz34Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB34PPM terbongkar taktik lori tangki bawa diesel dua kali ganda33Amanah to contest 8 seats in Melaka, says Mat Sabu33Business : Selangor Aims To Become National, ASEAN Care Industry Hub By 203033Dakwa dipaksa tapi kemudian sahkan proklamasi: Badan Peguam desak penjelasan MB Negeri Sembilan32Man United, Tottenham terdesak menang32General : Man Critical After Fish Bomb Explodes At Home
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

134,000 individu hilang, ibu sandar harapan pada AI jejak anak

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 21:07 MYTLatest activity 16 Oct, 21:07BMconfidence 60%

What happened

Mexico City: Veronica Rosas antara puluhan ribu ibu di Mexico yang mencari anak mereka yang hilang dalam kancah keganasan akibat perebutan kawasan antara kartel dadah. (Harian Metro, 21:07)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·3 min read

134,000 individu hilang, ibu sandar harapan pada AI jejak anak

By AFP · 16 Oct, 21:07 MYT

Mexico City: Veronica Rosas antara puluhan ribu ibu di Mexico yang mencari anak mereka yang hilang dalam kancah keganasan akibat perebutan kawasan antara kartel dadah.

Kini, kecerdasan buatan (AI) mungkin dapat membantu keluarga mencari insan tersayang yang hilang di negara itu.

Dua alat berasaskan AI sedang dibangunkan bagi membantu usaha mengesan lebih 134,000 individu yang masih dicari.

Anak lelaki Rosas, Diego, hilang ketika berusia 16 tahun di bandar Ecatepec, tengah Mexico, pada September 2015 selepas keluar dari rumah untuk bertemu rakan-rakannya.

Pejabat pendakwa raya negeri memaklumkan Diego diculik kumpulan jenayah, namun tidak dapat mengenal pasti kumpulan terbabit, motif penculikan atau sama ada remaja itu masih hidup.

"Sudah 11 tahun dan saya masih tidak tahu di mana Diego berada. Tiada perkembangan siasatan yang membawa kami kepada jawapan mengenai apa yang berlaku kepada anak saya," kata Rosas, 52, kepada AFP ketika menghadiri demonstrasi yang kerap diadakan di Mexico City bagi menuntut keadilan.

Kes seperti yang menimpa Diego mendorong dua universiti membangunkan alat AI dengan harapan dapat membantu keluarga mendapatkan jawapan.

Alat dikenali sebagai Regresa, yang bermaksud 'Kembali', dibangunkan oleh universiti awam utama Mexico, Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico (UNAM).

Teknologi itu menggunakan antropometri, iaitu kaedah mengukur tubuh manusia, untuk menghasilkan gambaran wajah kanak-kanak yang hilang berdasarkan perubahan fizikal seiring pertambahan usia. Wajah mereka sebelum ini hanya dipaparkan dalam poster orang hilang yang tidak dikemas kini.

Memandangkan siasatan lazimnya berlarutan bertahun-tahun, keluarga mangsa sering meminta gambar terkini yang menggambarkan rupa anak mereka apabila semakin dewasa.

Negara seperti Amerika Syarikat (AS), India dan China sudah menggunakan teknologi pengecaman wajah serta perisian penganggaran usia bagi mencari kanak-kanak yang diculik.

Di Mexico, beberapa pejabat pendakwa raya turut menggunakan teknologi berkenaan, namun kebanyakan perisian bergantung pada pangkalan data gambar sumber terbuka yang tidak menggambarkan ciri fizikal lazim masyarakat Mexico.

Pembangun Regresa mengambil pendekatan berbeza dengan membina pangkalan data imej sendiri berdasarkan ratusan gambar serta data daripada 75 sukarelawan Mexico bagi menghasilkan potret yang lebih mencerminkan ciri wajah penduduk tempatan.

Ahli antropologi Ana Juarez, antara pengasas projek itu, menjelaskan Regresa turut menggunakan teknologi berbeza untuk menganggarkan perubahan wajah kanak-kanak apabila meningkat dewasa.

"Kebanyakan perisian hanya berfungsi berdasarkan kontur atau tekstur wajah, atau menambah penapis yang menyerupai kedutan. Kami berusaha membangunkan pendekatan saintifik yang menunjukkan bagaimana seseorang membesar dari segi kraniofasial," katanya kepada AFP, merujuk kepada ramalan perubahan bentuk tengkorak dan wajah.

Di Mexico, kegagalan pihak berkuasa bertindak selama bertahun-tahun mendorong banyak keluarga menjalankan siasatan sendiri untuk mencari insan tersayang.

AI turut digunakan oleh seorang ahli antropologi dari Universiti Ibero-Amerika, sebuah institusi swasta, bagi membantu memudahkan usaha pencarian itu.

Emiliano Zolla memetakan kes kehilangan berdasarkan jantina, usia dan keadaan ketika individu berkenaan hilang, dengan harapan maklumat itu dapat membantu keluarga memperincikan usaha pencarian.

Berdasarkan data kes di Negeri Mexico, negeri paling ramai penduduk di negara itu, beliau mendapati ramai individu yang hilang ialah wanita muda yang menghilang ketika dalam perjalanan ke sekolah atau tempat kerja, atau ketika pulang dari lokasi berkenaan.

Rosas berkata penggunaan AI mampu membawa perubahan besar selepas mengetahui mengenai Regresa menerusi AFP.

"Inisiatif ini sangat penting kerana mereka bukan lagi kanak-kanak kecil seperti ketika mereka dibawa pergi dahulu," katanya.

Rosas turut menyediakan peti surat sementara yang memaparkan gambar Diego ketika berusia 16 tahun di jalan utama Mexico City bagi mengumpulkan maklumat mengenai keberadaan anaknya atau ucapan sempena hari lahir remaja itu.

Karla Lechuga pula menubuhkan kumpulan pencarian selepas anak lelakinya, Jeshua Cisneros, 19, hilang pada 2025.

Kumpulan seumpama itu memasang puluhan 'kotak keamanan' di gereja di seluruh negara bagi mengumpulkan maklumat berkaitan individu hilang.

Mereka turut memaparkan gambar insan tersayang yang hilang di tempat awam serta menggesa kumpulan jenayah menyalurkan maklumat secara tanpa nama.

"Kami berjaya menemukan beberapa individu masih hidup, namun malangnya ada juga yang tidak," kata Lechuga.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 21:52 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
16 Oct, 21:07 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    21:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.