
14 ditahan, 10 positif dadah dalam operasi bersepadu di LPT
Only social or community posts, or a single source.
What happened
14 ditahan, 10 positif dadah dalam operasi bersepadu di LPT (Harian Metro, 10:09)
Read the reporting
1 report
14 ditahan, 10 positif dadah dalam operasi bersepadu di LPT
am@hmetro.com.my
Temerloh: Seramai 14 individu ditahan termasuk 10 lelaki positif methamphetamine, manakala 139 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai agensi penguat kuasa di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), malam tadi.
Operasi bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam itu dijalankan serentak di kedua-dua arah timur dan barat dengan pemeriksaan terhadap 371 kenderaan serta 388 individu.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, daripada jumlah tangkapan itu, tiga lelaki tempatan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) selepas didapati positif methamphetamine.
Katanya, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut menjalankan ujian saringan air kencing terhadap 68 individu dengan tujuh lelaki didapati positif dadah jenis sama.
"Empat lagi tangkapan membabitkan seorang lelaki warga Indonesia dan tiga warga Bangladesh yang disyaki melakukan kesalahan imigresen.
"Kesemua 14 individu berkenaan diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan," katanya ketika ditemui pada operasi berkenaan.
Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Suresh Subramaniam.
Mohd Nasyim berkata, antara kesalahan tertinggi direkodkan ialah nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan membabitkan 45 saman, diikuti memandu melebihi had laju (43) dan lesen kenderaan motor tamat tempoh (12).
Katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut mengeluarkan 96 notis P22, manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan dua notis kompaun dan tiga notis arahan ujian semula.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro10:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.