
Guna gelaran tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Guna gelaran tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri (Harian Metro, 12:29)
Read the reporting
1 report
Guna gelaran tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri
am@hmetro.com.my
Kangar: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan pendakwah bebas Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau Ustaz Husam membela diri atas pertuduhan menggunakan gelaran kehormatan tidak diiktiraf.
Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang berusia 36 tahun itu pada akhir kes pendakwaan.
Mahkamah memberi tiga pilihan kepada tertuduh sama ada mahu memberi keterangan bersumpah di dalam kandang saksi yang membolehkannya disoal balas oleh pihak pendakwaan, atau memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh tanpa disoal balas, atau memilih untuk berdiam diri.
Ahmad Husam kemudian memilih pilihan pertama, iaitu memberi keterangan bersumpah dari dalam kandang saksi.
Tertuduh yang diwakili peguam bela, Datuk N Sivananthan, turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan akan memanggil seramai empat saksi untuk memberi keterangan.
Pendakwaan bagi kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali.
Mahkamah menetapkan 17 dan 18 Disember ini sebagai tarikh untuk prosiding membela diri.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Husam didakwa menerima gelaran dan kehormatan tidak diiktiraf daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, sekitar jam 11.30 pagi pada 4 Mei 2023.
Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4A(3) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Betul) (Pindaan) 2016 (Enakmen A21) yang dibaca bersama Seksyen 17 Akta Kesalahan Berhubungan Dengan Anugerah 2017 (Akta 787).
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 4A(6) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Betul) (Pindaan) 2016 (Enakmen A21) yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM250,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
- 5 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.