
Time for PAS to take over opposition leader role, says Puad
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Wawasan president Hamzah Zainudin is opposition leader while PAS vice-president Ahmad Samsuri Mokhtar, the PN chairman, briefly held the post from April to June. (Facebook pic) PETALING JAYA: A former Umno leader has suggested that PAS take over the role of opposition leader from Hamzah Zainudin, describing the Wawasan president as unimpressive during the debate on the 2027 budget. (Free Malaysia Today, 12:07)
Read the reporting
2 reports
Tiba masa PAS ambil alih peranan ketua pembangkang, kata Puad
Presiden Wawasan Hamzah Zainudin ialah ketua pembangkang, manakala Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga pengerusi PN mengambil alih peranan ketua pembangkang seketika dari April hingga Jun lalu. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Seorang bekas pemimpin Umno mencadangkan PAS mengambil alih peranan ketua pembangkang daripada Hamzah Zainudin sambil menyifatkan prestasi presiden Wawasan itu kurang menyerlah ketika perbahasan Belanjawan 2027.
Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkashi, berkata Hamzah gagal mengemukakan cadangan atau dasar baharu dalam perbahasan belanjawannya, sebaliknya hanya menyentuh mengenai "enjin pertumbuhan ekonomi berimpak besar".
"Hamzah sendiri tidak mencadangkan apa enjin pertumbuhan ekonomi, jika PAS-Wawasan memerintah.
"Sampai masanya PAS ambil alih peranan ketua pembangkang dan tonjolkan 'poster boy' mereka sendiri," katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau mendakwa PAS mengekalkan Hamzah sebagai ketua pembangkang ketika ini bagi memastikan sokongan Wawasan kekal "hingga PAS benar-benar jadi dominan berbanding Umno".
Puad berkata, pihak pembangkang juga gagal membentangkan belanjawan alternatif berbanding Bersama pimpinan Rafizi Ramli yang mengemukakan "belanjawan bayangan" minggu lalu.
Bagaimanapun, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu berkata, Rafizi terlepas peluang membentangkan belanjawan partinya di Parlimen memandangkan beliau dan pemimpin Bersama lain telah melepaskan jawatan Ahli Parlimen.
"Rafizi tidak bertanggungjawab. Dia meletak jawatan kerana pentingkan diri sendiri. Dia takut implikasi akta antilompat parti dan bon parti RM10 juta sebagai Ahli Parlimen PKR)."
Hamzah dilantik ketua pembangkang sejak Disember 2022, walaupun beliau berundur seketika antara April hingga Jun lalu selepas dipecat Bersatu.
Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga pengerusi Perikatan Nasional mengambil alih peranan itu seketika, sebelum Hamzah kembali sebagai ketua pembangkang Jun lalu.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today12:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.