
15,000 anggota dan veteran ATM disasar manfaat MyBakat Veteran
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Lebih 15,000 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disasarkan mendapat manfaat menerusi MyBakat Veteran menjelang 2030 bagi memperkukuh peluang kerjaya kedua buat pesara tentera. (Utusan Malaysia, 16:55)
Read the reporting
2 reports
15,000 anggota dan veteran ATM disasar manfaat MyBakat Veteran
KUALA LUMPUR: Lebih 15,000 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disasarkan mendapat manfaat menerusi MyBakat Veteran menjelang 2030 bagi memperkukuh peluang kerjaya kedua buat pesara tentera.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, sasaran itu digerakkan menerusi pemeteraian Nota Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pertahanan bagi memperluas peluang kerjaya kedua anggota serta veteran ATM.
Menurutnya, inisiatif yang diselaraskan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) itu bertujuan menghubungkan kepakaran ketenteraan dengan keperluan industri serta peluang pekerjaan awam.
“Anggota dan veteran ATM yang memiliki pelbagai kemahiran serta pengalaman berharga yang perlu dikenal pasti, diiktiraf dan diperkukuh berdasarkan keperluan sebenar pasaran pekerjaan.
“Antara 5,000 hingga 7,000 anggota ATM menamatkan perkhidmatan setiap tahun, sekali gus memerlukan persediaan awal bagi membina kerjaya selepas persaraan.
“Menerusi kerjasama itu, anggota bakal bersara akan dikenal pasti sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal untuk menjalani penilaian kemahiran, perancangan kerjaya dan latihan tambahan bersesuaian,” katanya pada sidang akhbar Pemeterian Nota Kerjasama Kesuma dan MINDEF serta Pelancaran Laluan Pengiktirafan Kemahiran di bawah Inisiatif MyBakat Veteran di sini hari ini.
Ramanan berkata, Laluan Pengiktirafan Kemahiran turut dilancarkan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi memetakan latihan serta pengalaman ketenteraan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Katanya, langkah itu membuka laluan kepada pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), tertakluk kepada penilaian kompetensi serta syarat kelayakan ditetapkan.
“Usaha itu turut membentuk ekosistem peralihan kerjaya lebih bersepadu dengan memanfaatkan kepakaran serta program agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.
“TalentCorp akan menyelaras kerjasama antara kerajaan, ATM dan industri menerusi MyMahir serta rangkaian 18 Future Skills Talent Councils (FSTC) bagi menyelaraskan kemahiran dengan keperluan majikan,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program berkenaan akan memberi tumpuan kepada anggota lain-lain pangkat yang kebanyakannya tidak memiliki ijazah atau diploma.
Katanya, anggota yang menamatkan perkhidmatan sekitar usia 41 tahun masih berada dalam kelompok produktif dan berpotensi terus menyumbang kepada pembangunan serta ekonomi negara.
“Sebab itu, kita mahu anggota yang bakal bersara benar-benar mengambil peluang daripada usaha ini supaya kemahiran dan pengalaman mereka dapat digunakan dalam kerjaya kedua.
“Persediaan boleh dimulakan kira-kira dua tahun sebelum anggota bersara, manakala antara 3,000 hingga 4,000 anggota disasarkan mengikuti proses berkenaan setiap tahun.
“Oleh itu, kita mahu membantu mereka supaya selepas bersara, mereka boleh berdikari dan tidak perlu bergantung kepada bantuan kebajikan kerajaan,” katanya. – UTUSAN
The post 15,000 anggota dan veteran ATM disasar manfaat MyBakat Veteran appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:55
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.