
159,232 PATI ditahan antara 2025 hingga Ogos 2026
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan lebih 159,232 pendatang tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan menerusi 53,318 operasi yang dilaksanakan di seluruh negara antara 2025 hingga Ogos lalu. (Berita Harian, 09:22)
Read the reporting
1 report
159,232 PATI ditahan antara 2025 hingga Ogos 2026
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan lebih 159,232 pendatang tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan menerusi 53,318 operasi yang dilaksanakan di seluruh negara antara 2025 hingga Ogos lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, menerusi operasi itu sejumlah 659,191 PATI diperiksa.
Katanya, antara kesalahan imigresen yang direkodkan termasuk tidak memiliki pas atau permit yang sah, tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan serta melanggar syarat pas atau permit.
"Jabatan Imigresen turut mengambil tindakan terhadap 6,099 majikan yang didapati menggaji atau melindungi pendatang tanpa izin tanpa kebenaran yang sah," katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di portal Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN- Hulu Terengganu) yang meminta menyatakan jumlah tangkapan warga asing sejak 2023 hingga kini mengikut negara asal, jenis kesalahan dan tindakan dikenakan.
Menerusi jawapan bertulis itu, Saifuddin turut menjawab soalan berhubung dengan penipuan atau pemalsuan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Katanya, berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), hanya satu kes pemalsuan kad UNHCR direkodkan, iaitu di Kuala Lumpur.
"Kes itu membabitkan enam tangkapan warga Myanmar dan kesemua enam individu sudah dituduh di mahkamah.
"Kes ini membabitkan warga asing dalam jenayah komersial," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.