
Amir Masdi idam konsert berskala besar
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Menyimpan impian mengadakan konsert berskala besar sejak menghasilkan album pertama, penyanyi Amir Masdi memilih untuk melangkah setapak demi setapak dengan menjadikan AM:PM Showcase sebagai batu loncatan sebelum merealisasikan hasrat itu. (Berita Harian, 11:36)
Read the reporting
1 report
Amir Masdi idam konsert berskala besar
KUALA LUMPUR: Menyimpan impian mengadakan konsert berskala besar sejak menghasilkan album pertama, penyanyi Amir Masdi memilih untuk melangkah setapak demi setapak dengan menjadikan AM:PM Showcase sebagai batu loncatan sebelum merealisasikan hasrat itu.
Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 29, berkata showcase sulungnya yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Disember depan menjadi medan menilai kesediaan diri, selain memahami selok-belok mengendalikan persembahan lebih besar.
Mengakui konsert berskala besar memerlukan persediaan rapi, beliau tidak mahu terburu-buru merealisasikan impian itu tanpa mengambil kira pelbagai aspek, termasuk teknikal dan kemampuan mengendalikan keseluruhan persembahan.
"Sejak menghasilkan album pertama, saya memang mahu mengadakan showcase atau konsert sendiri. Tetapi konsert berskala besar memerlukan lebih banyak persediaan.
"Bukan sekadar ada duit dan lagu, kemudian terus buat konsert. Banyak perkara perlu diambil kira, termasuk aspek teknikal dan persiapan lain.
"Saya sendiri rasa belum bersedia sepenuhnya untuk membuat persembahan pada skala konsert. Jadi, showcase ini menjadi satu daripada langkah untuk menuju arah itu," katanya ketika di temui di sini, baru-baru ini.
Amir berkata, AM:PM Showcase berbeza daripada siri persembahan kecil yang pernah dilakukannya menerusi jelajah album pertama di beberapa lokasi, termasuk Sabah, Kuala Lumpur dan Melaka.
Kali ini, beliau mahu menghimpunkan peminat dalam satu malam menerusi persembahan khas bagi meraikan album keduanya, selain melancarkan PM sebagai sebahagian daripada projek AM:PM.
"Sebelum ini, saya pernah mengadakan jelajah album pertama dengan persembahan kecil di beberapa lokasi, termasuk Sabah, Kuala Lumpur dan Melaka.
"Kali ini, saya mahu mengadakan showcase sekali sahaja dan menghimpunkan semua peminat dalam satu malam di Zepp Kuala Lumpur.
"Saya harap persembahan itu menjadi sesuatu yang istimewa dan epik buat semua yang hadir," katanya.
Mengulas kemungkinan mengadakan konsert pada tahun depan, Amir berkata, beliau mahu menilai maklum balas terhadap showcase berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perancangan lanjut.
Dianjurkan AR United Music dengan sokongan Nova Music dan Rocketfuel Entertainment, AM:PM Showcase dirangka sebagai pengalaman eksklusif yang menampilkan sisi peribadi Amir sebagai penyanyi, penghibur dan pengkarya.
Berlatarbelakangkan ruang persembahan lebih intim di Zepp Kuala Lumpur, peminat bakal disajikan dengan gabungan vokal, susunan muzik segar, visual berkualiti dan kejutan istimewa yang disediakan untuk malam berkenaan.
Amir berkata, idea menganjurkan showcase itu tercetus daripada keinginannya untuk meraikan perjalanan seni bersama peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan sejak awal pembabitannya dalam industri muzik.
Showcase itu turut memberi ruang kepada Amir untuk berinteraksi lebih dekat dengan peminat, selain mempersembahkan lagu yang mewarnai perjalanan kerjaya seninya.
Sebanyak 26 lagu, termasuk dua lagu saduran, bakal dipersembahkan pada malam berkenaan yang disifatkan Amir sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang terus mempercayai dan menyokong perjalanan muziknya.
Dalam pada itu, mengimbas perjalanan seni yang memasuki tahun ke-10 sejak menyertai Akademi Fantasia (AF) musim ke-13 pada 2016, Amir menyifatkan program realiti itu sebagai titik permulaan yang mengubah kehidupannya.
Tidak pernah membayangkan dirinya bergelar penyanyi, Amir berkata, penyertaannya dalam uji bakat AF pada awalnya sekadar untuk memenuhi permintaan ibunya.
Beliau mengakui menolak dua kali pelawaan ibunya untuk mencuba nasib kerana tidak yakin dengan kemampuan diri dan tidak pernah membuat persembahan di hadapan orang ramai.
"Kalau bukan kerana AF, saya rasa saya tidak akan menyanyi kerana sebenarnya ibu yang meminta saya menyertai uji bakat.
"Sudah tiga kali ibu meminta saya mencuba. Kali pertama dan kedua, saya menolak kerana tidak yakin dengan diri sendiri dan tidak pernah membuat persembahan di hadapan orang ramai.
"Kali ketiga, saya fikir mahu menggembirakan ibu dan memenuhi permintaannya. Saya pergi uji bakat bukan dengan niat mahu menjadi penyanyi, sebaliknya sekadar mahu menunaikan permintaan ibu," katanya.
Bagaimanapun, penyertaan dalam AF mula mengubah persepsinya terhadap bidang nyanyian apabila beliau berjaya mara sehingga minggu ketiga dan menerima maklum balas positif daripada penonton.
Pengalaman itu membuka hatinya untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap bidang nyanyian, sekali gus memulakan perjalanan seni yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:36
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.