
16 struktur binaan tanpa kelulusan dirobohkan DBKL
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 struktur binaan di Jalan Pasar Baru, dekat Pudu di sini dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Operasi Bersepadu Meruntuhkan Binaan Struktur Tanpa Kelulusan semalam. (Berita Harian, 16:53)
Read the reporting
1 report
16 struktur binaan tanpa kelulusan dirobohkan DBKL
KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 struktur binaan di Jalan Pasar Baru, dekat Pudu di sini dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Operasi Bersepadu Meruntuhkan Binaan Struktur Tanpa Kelulusan semalam.
DBKL memaklumkan ia membabitkan 12 struktur binaan sambungan tanpa kelulusan di hadapan sebuah pasar raya di jalan itu dan empat binaan gerai yang dibina secara kekal di lokasi sama.
Tindakan diambil mengikut Seksyen 46(1) dan Seksyen 69(3), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, susulan notis penguatkuasaan yang dikeluarkan kepada semua premis berkenaan sebelum ini tidak dipatuhi.
"Sebahagian struktur dirobohkan didapati menutup terus laluan akses belakang premis, yang turut dijadikan stor simpanan dan ruang perniagaan tambahan," katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.
Operasi dilaksanakan bersama beberapa agensi, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
DBKL berkata, semakan tapak bersama JBPM sebelum operasi turut mengesan premis yang mengubah laluan akses kecemasan dan tindakan lanjut akan diambil mengikut bidang kuasa JBPM.
"Atas nasihat pihak bomba, binaan 'cool room' dan peralatan 'chiller' di atas struktur berkenaan tidak dipecahkan dan pemilik pasar raya diberi tempoh tujuh hari untuk merobohkannya sendiri.
"Masih terdapat sebahagian struktur pasar raya yang belum dapat ditanggalkan sepenuhnya dan akan disambung pada operasi akan datang bagi memberi laluan kepada kerja pemunggahan barangan di pasar pagi Pudu," katanya.
DBKL memaklumkan, pihaknya akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan mengingatkan pemilik perniagaan supaya mematuhi syarat lesen yang diberikan, termasuk tidak membuat sebarang halangan di laluan, atas jalan, petak letak kereta dan tempat awam.
Orang awam boleh menyalurkan sebarang aduan atau maklum balas melalui pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.