Malaysian Attention Engine
Live wire
52Tampil mohon maaf atau bersedia bayar RM3juta – Peguam Ruhainies46World : Malaysia, Indonesia Agree To Expand Online Child Safety Cooperation43Kebakaran Indonesia hampir 12 kali ganda keluasan London42Politics : PN Deregistered - RoS42World : French PM Urges Targeted Curfews After Violent Weekend Protests41Mafia korporat: Pasukan AMLA Bukit Aman beku RM4.3 bilion, sita RM1 bilion40Guthrie nafi cetus kebakaran hutan di Indonesia39Sport : Lee Zii Jia Settles Suit With Family And Company Amicably36Bahasa Melayu perlu terus dimartabatkan sebagai agenda nasional – Fadhlina35Malaysia, Indonesia sepakat perluas kerjasama keselamatan dalam talian kanak-kanak - Fahmi35Pengecualian cukai eksport minyak sawit bantu Malaysia rebut bahagian pasaran Indonesia35‘Beta tidak berkenan jika ada kerabat ambil kesempatan’
AcceleratingConfirmedupdated 34 min ago

‘Beta tidak berkenan jika ada kerabat ambil kesempatan’

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
0% / 60 min
Momentum
42
2 vs 2 mentions/h
Sources
5
4 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 17:03 MYTLatest activity 20 Oct, 18:29BMconfidence 89%

What happened

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan sekiranya terdapat kerabat di negeri ini menggunakan kedudukan dan nama institusi diraja untuk memperdaya orang lain demi kepentingan peribadi. (Kosmo!, 17:03)

Read the reporting

4 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Sultan Selangor seru ahli kerabat nama baik institusi diraja

By MOHAMAD ATHIR BIN ISMAIL · 20 Oct, 18:28 MYT

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru ahli kerabat diraja supaya menjaga nama baik dan tidak mengambil kesempatan atas nama kerabat untuk memperdaya orang lain demi kepentingan diri.

Baginda bertitah, setiap kerabat diraja mempunyai amanah untuk menjaga nama dan institusi diraja Selangor selain bertanggungjawab terhadap tingkah laku serta perbuatan yang boleh memberi kesan kepada pandangan masyarakat.

“Cara kita membawa diri, berinteraksi dengan masyarakat dan melaksanakan tanggungjawab hendaklah mencerminkan maruah serta kewibawaan keluarga dan institusi.

“Beta tidak berkenan jika ada dalam kalangan ahli kerabat beta mengambil kesempatan atas nama kerabat diraja untuk memperdaya mana-mana orang. Hormatilah undang-undang dan patuhilah segala peraturan yang berkuat kuasa. Kedudukan sebagai kerabat bukan alasan untuk bertindak sesuka hati.

“Atas kesedaran itu beta menyeru agar kita terus bersatu dengan kuat dalam memelihara martabat institusi raja serta memelihara kehormatan kerabat diraja Selangor. Tunjukkanlah teladan yang baik dan layanilah masyarakat dengan penuh berhemah,” titah baginda di sini, hari ini.

Sultan Sharafuddin berkenan mencemar duli hadir dan menyampaikan titah pada Majlis Jamuan Teh Bersama Kerabat Diraja Selangor Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor.

Seramai 1,500 orang ahli kerabat diraja Selangor hadir pada majlis jamuan teh yang diadakan di Padang Mahkota, Istana Alam Shah.

Dalam masa sama, baginda turut mengingatkan supaya sebarang perbezaan pandangan atau salah faham diselesaikan dengan baik dan penuh kebijaksanaan serta mengelak daripada perbuatan mengadu domba.

Sultan Selangor turut menasihatkan supaya ahli menyebarkan berita yang tidak benar atau mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan sesama sendiri.

“Peliharalah tutur kata dan adab, termasuk ketika menggunakan media sosial, serta mengamalkan sikap saling memahami, bertolak ansur dan saling memaafkan.

“Beta juga menyeru agar ahli kerabat diraja saling membantu dan mengambil berat antara satu sama lain. Janganlah kita hanya berkumpul ketika majlis keraian semata-mata, tetapi hendaklah memberi sokongan ketika saudara kita berdepan dengan kesulitan dan masalah,” nasihat baginda.

Malah, baginda turut menyeru supaya yang tua membimbing dan menyantuni generasi muda serta saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain.

“Demikian dengan nilai, kasih sayang, hormat-menghormati dan tanggungjawab dapat diwarisi dari satu generasi kepada generasi berikutnya.

“Beta berharap pertemuan pada hari ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih rapat sesama kita,” ujar baginda.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menyarankan setiap ahli kerabat diraja Selangor supaya membaca buku Salasilah Keturunan, Sultan, Waris dan Kerabat Diraja Selangor bagi mengetahui sejarah dan susur-galur sebenar asal-usul Kesultanan Selangor. – UTUSAN

The post Sultan Selangor seru ahli kerabat nama baik institusi diraja appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 4 · arrow keys switch reports

Why it is accelerating

  • Mention velocity 3.0× the previous hour (3 vs 1 mentions)
  • Current hour is 2.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 5 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (7 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 50first news pick-upNEWRISINGnow18:00
Latest 18:52 MYT
35Accelerating
Mentions / h2Velocity0.03/minSources5Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source
  3. State
    Rising

    4 sources, growth +100%, z 1.8

  4. State
    Accelerating

    growth +200% with positive acceleration

Where it started

Kosmo! (News)
20 Oct, 17:03 MYT
Origin confidence 90% · 45 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    17:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Kosmo!, Malaysiakini (BM)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (7)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.