
Pengecualian cukai eksport minyak sawit bantu Malaysia rebut bahagian pasaran Indonesia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Cadangan Malaysia untuk memberi pengecualian cukai eksport minyak sawit mentah (MSM) sebanyak 10 peratus pada November dilihat sebagai langkah tepat bagi mengatasi lebihan bekalan dan meningkatkan daya saing eksport, menurut Public Investment Bank Bhd (PIVB). (Berita Harian, 17:05)
Read the reporting
1 report
Pengecualian cukai eksport minyak sawit bantu Malaysia rebut bahagian pasaran Indonesia
KUALA LUMPUR: Cadangan Malaysia untuk memberi pengecualian cukai eksport minyak sawit mentah (MSM) sebanyak 10 peratus pada November dilihat sebagai langkah tepat bagi mengatasi lebihan bekalan dan meningkatkan daya saing eksport, menurut Public Investment Bank Bhd (PIVB).
Menurut PIVB dalam satu nota hari ini, cadangan pengecualian itu dilaksanakan ketika Malaysia berusaha untuk meningkatkan penghantaran di tengah-tengah paras inventori minyak sawit yang tinggi.
Selain itu, difahamkan perbincangan antara Kementerian Perladangan dan Komoditi serta pihak industri mengenai cadangan tersebut dijadualkan berlangsung hari ini.
Mengulas lanjut, PIVB menyatakan bahawa langkah itu dijangka mendapat sambutan baik daripada pihak industri dan mungkin berkuat kuasa tidak lama lagi.
"Pengecualian cukai eksport MSM akan membantu Malaysia menguasai kembali bahagian pasaran daripada Indonesia," menurut PIVB.
Pada masa sama, PIVB turut mencadangkan agar pengecualian cukai tersebut dikekalkan sehingga inventori minyak sawit Malaysia berada di bawah dua juta tan.
Malaysia pernah memberi pengecualian sepenuhnya cukai eksport MSM selama enam bulan pada 2020.
Bagaimanapun, PIVB menyatakan bahawa pelaksanaan cadangan itu boleh memberi pelbagai kesan di sepanjang rantaian nilai minyak sawit.
Pemain di sektor huluan mungkin menerima manfaat daripada permintaan eksport yang lebih kukuh, manakala pemain di sektor hiliran pula mungkin berdepan tekanan margin berikutan kos bahan mentah yang lebih tinggi.
-BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.