Malaysian Attention Engine
Live wire
52Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat51Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi50Sport : Denmark Open: Sze Fei-Nur Izzuddin Storm Into Q-finals49PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang49199 kes jenayah babitkan pelarian Rohingya45General : 44 Leatherback Turtle Eggs Laid In Marang Found Unfertilised - DOF45ADUN PH gesa DUN Negeri Sembilan segera bersidang40General : Haze:wear N95 Face Mask If Need To Engage In Outdoor Activities - MOH36Najib akan habiskan baki hukuman penjara bersama keluarga di rumah Langgak Duta - Peguam35Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan35General : Haze: Implementation Of UASA Next Week Postponed -- MOE35World : Ex-President Nicolas Maduro, Wife Plead Not Guilty To Torture Charges In New York Court
RisingConfirmedupdated 51 min ago

199 kes jenayah babitkan pelarian Rohingya

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
50
+50% / 60 min
Momentum
57
3 vs 2 mentions/h
Sources
8
5 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 08:53 MYTLatest activity 16 Oct, 10:05ENBMconfidence 80%

What happened

199 kes jenayah babitkan pelarian Rohingya (Harian Metro, 08:53)

Read the reporting

4 reports
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Pelarian Myanmar banyak terlibat kes di Selangor

By BERNAMA · 16 Oct, 10:05 MYT

KUALA LUMPUR – Selangor merekodkan jumlah kes jenayah indeks tertinggi melibatkan pelarian Myanmar dengan 58 kes dari 2022 hingga Ogos lepas, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen, KDN memaklumkan sebanyak 199 kes jenayah indeks melibatkan pelarian Myanmar direkodkan di seluruh negara dalam tempoh berkenaan berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Daripada jumlah itu, sebanyak 52 kes direkodkan pada 2022, diikuti 43 kes pada 2023, 37 kes pada 2024, 29 kes pada 2025 dan 38 kes setakat Ogos 2026.

Mengikut negeri, selepas Selangor, Kedah mencatat 26 kes, diikuti Johor (24), Kuala Lumpur (22), Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan masing-masing 13 kes, serta Perak dan Terengganu masing-masing 12 kes, Melaka (empat) dan Negeri Sembilan (dua kes).

KDN menjelaskan bahawa pengurusan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dilaksanakan secara menyeluruh melalui Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23, yang menetapkan garis panduan serta peranan kementerian dan agensi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan negara terpelihara.

“Kerajaan turut memperkukuh kawalan dan pemantauan terhadap komuniti pelarian, termasuk etnik Rohingya, melalui Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) yang bermula pada 1 Jan 2026.

“Program itu bertujuan memperkukuh pengurusan data pelarian secara berpusat dan mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR),” menurut kementerian itu.

KDN memaklumkan bagi Fasa 1 program berkenaan, sebanyak 4,010 tahanan di depot tahanan imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia telah didaftarkan, terdiri daripada 4,008 warga Myanmar serta masing-masing seorang warga Sudan dan Syria.

“Individu dewasa akan dipindahkan secara berperingkat ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka di Bidor, Perak, yang mempunyai kapasiti operasi 400,” menurut KDN.

Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) tentang jumlah kesalahan jenayah melibatkan pelarian Myanmar mengikut negeri serta langkah kerajaan memperkukuh kawalan, pendaftaran dan pemantauan komuniti tersebut bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu), KDN memaklumkan sebanyak 159,232 pendatang tanpa izin ditangkap dalam 53,318 operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara dari 2025 hingga Ogos lepas.

Operasi itu turut menyaksikan sejumlah 659,191 individu diperiksa, manakala 6,099 majikan diambil tindakan kerana didapati menggaji atau melindungi pendatang tanpa izin tanpa kebenaran sah.

Berhubung pemalsuan kad UNHCR pula, kementerian itu menjelaskan hanya satu kes direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), setakat ini.

“Kes yang berlaku di Kuala Lumpur itu melibatkan enam warga Myanmar dan kesemua mereka telah dituduh di mahkamah,” menurut kementerian itu.

Rosol ingin tahu jumlah kes penipuan kad UNHCR di Malaysia yang direkodkan sehingga kini dan tindakan yang telah dikenakan terhadap mereka, serta jumlah tangkapan warga asing sejak 2023 hingga kini mengikut negara asal, jenis kesalahan dan tindakan dikenakan. – Bernama

The post Pelarian Myanmar banyak terlibat kes di Selangor appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 4 · arrow keys switch reports

Why it is rising

  • Mention velocity 1.5× the previous hour (3 vs 2 mentions)
  • Current hour is 2.7 standard deviations above this event's own baseline
  • 7 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 55first news pick-upNEWRISINGnow09:0010:00
Latest 10:27 MYT
50Rising
Mentions / h3Velocity0.05/minSources8Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source
  3. Language
    First English coverage (Malay Mail) source
  4. Language
    First English coverage (Scoop) source
  5. State
    Rising

    6 sources, growth +200%, z 2.8

Where it started

Harian Metro (News)
16 Oct, 08:53 MYT
Origin confidence 90% · 11 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    08:53
  2. Step 2
    News
    Scoop
    09:52 · +59 min

Internet reaction

What we know

  • Covered by 6 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (8)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.