Malaysian Attention Engine
Live wire
63RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202756Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202756Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat51World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix50Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara50General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon49Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,00047General : Budget 2027: Individual Tax Relief Raised To RM12,000 - PMm Anwar45Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori44General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am44Pengecualian duti hiburan tidak bermaksud harga tiket wayang makin murah – Yusof Haslam42Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi
NewConfirmedupdated 31 min ago

2 beradik diminta hadir ke pejabat agama kerana tidak solat Jumaat

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
23
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
3
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 17:37 MYTLatest activity 9 Oct, 18:45BMconfidence 86%

What happened

2 beradik diminta hadir ke pejabat agama kerana tidak solat Jumaat (Harian Metro, 17:37)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

2 beradik diminta hadir ke pejabat agama kerana tidak solat Jumaat

By Noorazura Abdul Rahman · 9 Oct, 17:37 MYT

am@hmetro.com.my

Yan: Dua beradik masing-masing berusia 37 dan 23 tahun diberikan notis untuk hadir ke Pejabat Agama Daerah Yan bagi membantu siasatan selepas didapati tidak menunaikan solat Jumaat, hari ini.

Kedua-duanya dari Kampung Sungai Daun Tengah di sini, mengaku tidak menunaikan solat Jumaat ketika diperiksa penguat kuasa agama dalam operasi hasil maklumat awam dan risikan.

Pegawai Agama Daerah Yan Syeikh Mohd Ikmal Hafif Azmi berkata, operasi itu pendekatan baharu yang dilaksanakan pihaknya bagi memastikan umat Islam menunaikan kewajipan solat Jumaat.

Katanya, operasi selepas solat Jumaat itu membabitkan 18 anggota terdiri daripada penguat kuasa agama wanita, polis wanita serta bantuan anggota Penguatkuasa Pihak Berkuasa Agama (PPA) lelaki.

"Selain penguatkuasaan, kita mahu masyarakat memahami bahawa tidak menunaikan solat Jumaat bukan saja bertentangan dengan hukum syarak, malah satu kesalahan mengikut undang-undang negeri.

"Kita menyeru umat Islam, khususnya di Kedah, supaya mengutamakan syariat dan takut kepada hukum Allah SWT, bukan sekadar takut kepada undang-undang," katanya.

Mohd Ikmal berkata, undang-undang yang dikuatkuasakan itu juga bertujuan mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tuntutan agama.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya lebih banyak menggunakan pendekatan dakwah secara individu dan memberikan peringatan kepada mereka yang didapati tidak menunaikan solat Jumaat.

"Namun, kali ini kita mengambil pendekatan perundangan bagi mendorong masyarakat supaya lebih patuh kepada perintah agama.

"Menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memastikan masyarakat Islam melaksanakan kewajipan mereka, manakala orang ramai juga perlu memainkan peranan dengan menasihati sesama sendiri serta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 berkaitan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow18:0019:00
Latest 19:13 MYT
23New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Harian Metro (News)
9 Oct, 17:37 MYT
Origin confidence 90% · 23 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    17:37

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

2 beradik diminta hadir ke pejabat agama kerana tidak solat Jumaat · Malaysian Attention Engine