
'22 anak OKU ini adalah saham akhirat saya'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'22 anak OKU ini adalah saham akhirat saya' (Harian Metro, 11:48)
Read the reporting
1 report
'22 anak OKU ini adalah saham akhirat saya'
am@hmetro.com.my
Johor Bahru:" Semua anak syurga di pusat jagaan ini terutama mereka yang menjadi mangsa pengabaian keluarga kerana kecacatan serta kekurangan dialami adalah saham akhirat saya," kata Mohd Yahya Haidrus, 55.
Mohd Yahya yang juga orang kurang upaya (OKU) turut menubuhkan dan mengurus pusat kebajikan bagi membantu golongan senasib sejak sembilan tahun lalu itu berkata, pihaknya memberi perlindungan kepada 22 OKU Sindrom Down, Cerebral Palsy (CP) dan autisme berusia antara empat hingga 30 tahun.
Beliau berkata, kebanyakan penghuni di pusat jagaan di Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Kanak-kanak Kurang Upaya Negeri Johor yang beroperasi di Jalan Keembong 45, Taman Johor Jaya di sini, adalah individu yang menjadi mangsa pengabaian keluarga.
Menurutnya, hanya beberapa penghuni yang menerima kunjungan ahli keluarga serta mendapat bantuan keperluan sepanjang menghuni di sini.
Katanya, sebagai seorang OKU yang menggunakan kerusi roda, dia mampu memahami cabaran dihadapi golongan OKU.
"Sebelum membuka pusat jagaan ini, saya pernah berkhidmat selama hampir 27 tahun di sebuah pusat jagaan lain.
"Pengalaman itu mendorong saya untuk membantu, terutama kanak-kanak OKU yang memerlukan penjagaan, kasih sayang dan peluang untuk mengembangkan kebolehan mereka.
"Saya percaya setiap insan berhak hidup dengan bermaruah, dihargai dan mendapat peluang yang adil. Menerusi operasi pusat jagaan yang saya usahakan ini, saya mahu membantu anak-anak ini menjalani kehidupan yang lebih baik," katanya.
Mohd Yahya berkata, antara pengalaman diharungi di pusat jagaan itu termasuk mengurus jenazah penghuni remaja perempuan mualaf OKU yang terlantar sakit tahun lalu.
Menurutnya, pihaknya berdepan dengan kesulitan selepas gagal menghubungi keluarga penghuni itu yang sudah lama terputus hubungan.
"Hampir lapan tahun mereka tidak pernah melawatnya atau mengambil berat keadaannya.
"Akhirnya dengan bantuan polis, kami berjaya mengesan bapanya. Namun dia enggan mengurus jenazah mengakibatkan kami mengendalikannya.
"Saya bersyukur kerana dapat menguruskan pengebumian arwah biarpun ia bukan mudah," katanya.
Yahya yang berasal dari Pekan Jabi, Segamat berkata, dia turut dibantu oleh ahli keluarga serta beberapa pekerja.
"Rutin harian saya adalah menghantar dan mengambil lima kanak-kanak yang belajar di kelas pendidikan khas di sekolah berhampiran.
"Malah bagi yang memiliki masalah kesihatan, saya juga akan memastikan mereka tidak ketinggalan menghadiri sesi bertemu doktor di hospital awam.
"Malah saya juga bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan penghuni di sini. Selain pemakanan mereka, kami juga perlu menyediakan keperluan seperti lampin pakai buang, susu khas disyorkan doktor dan sebagainya," katanya.
Mohd Yahya berkata, dia berharap mampu membantu golongan itu menjalani kehidupan lebih baik, berdikari dan memiliki masa depan cerah seperti golongan normal.
"Kami menggalakkan penghuni membaca dan menulis serta bergiat dalam aktiviti luar di kawasan pusat jagaan.
"Kami berharap dapat menyediakan latihan kepada penghuni pusat jagaan itu pada masa depan supaya sesetengah mereka dapat hidup berdikari," katanya ketika menerima sumbangan barangan keperluan bernilai RM1,000 disampaikan oleh Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam di sini hari ini.
Mas Imran berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban pengurusan pusat jagaan itu yang memberi perlindungan kepada golongan OKU.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:48
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.