Malaysian Attention Engine
NewConfirmedupdated 2 h ago

23,000 Tiket Licin, 22,000 Peminat PGL Kempunan – Tiara Jacquelina Serba Salah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
25
no previous hour
Momentum
23
0 vs 0 mentions/h
Sources
4
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 01:28 MYTLatest activity 9 Oct, 09:00BMconfidence 80%

What happened

23,000 Tiket Licin, 22,000 Peminat PGL Kempunan – Tiara Jacquelina Serba Salah (Google News Malaysia (BM), 01:28)

Read the reporting

3 reports
Photo: gempak.com
gempak.com·News·BM·2 min read

23,000 Tiket Licin, 22,000 Peminat PGL Kempunan – Tiara Jacquelina Serba Salah

9 Oct, 01:28 MYT

Sekilas

  • Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) berjaya menjual 23,000 tiket dalam masa dua jam, namun masih ada 22,000 peminat yang gagal mendapatkan tiket.
  • Penerbit PGL, Puan Sri Tiara Jacquelina, menyatakan rasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi permintaan tinggi dan berkongsi bahawa dia sendiri hanya berjaya membeli satu tiket.
  • Sambutan hangat juga datang dari peminat Singapura, dengan perbincangan awal sedang dijalankan untuk membawa pementasan ini ke sana.

Belum pun membuka tirai, Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) sudah mencetuskan fenomena apabila 23,000 tiket habis terjual hanya dalam tempoh dua jam.

Namun di sebalik kejayaan luar biasa itu, penerbit dan pengarahnya, Puan Sri Tiara Jacquelina, berdepan rasa serba salah apabila kira-kira 22,000 lagi peminat masih gagal mendapatkan tiket untuk menyaksikan naskhah berkenaan.

Lebih menyentuh hati, kata Tiara, ada peminat yang merayu agar diberikan peluang menonton meskipun terpaksa berdiri atau duduk di tangga.

“Terus-terang saya rasa sangat bersalah dan kasihan kepada 22,000 orang yang masih beratur dalam talian.

“Ada yang merayu, sanggup berdiri dan duduk di tangga asalkan dapat menonton.

“Kalaulah dewan itu milik kami, sudah tentu kami mahu masukkan semua orang. Tetapi sayangnya ada pementasan lain yang menanti sejurus selepas PGL,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan PGL di sini, petang tadi.

Ironinya, Tiara sendiri turut berdepan kesukaran mendapatkan tiket apabila hanya sempat membeli satu untuk suaminya, Tan Sri Effendi Norwawi.

Menurutnya, dia pada awalnya sekadar mahu mencuba mendapatkan satu tiket ketika jualan dalam talian dibuka sebelum merancang membeli tiket tambahan kemudian.

“Saya sendiri hanya dapat satu tiket sahaja untuk suami saya, yang lain saya ingat nak beli nanti.

“Satu tiket itu saya beli sekadar nak mencuba apabila talian dah dibuka. Tak sangka rupanya tak sempat nak beli tiket yang lain,” katanya.

Bagi Tiara, sambutan tersebut cukup mengharukan dan menjadi bukti bahawa PGL masih mempunyai tempat istimewa dalam hati penonton meskipun kali terakhir dipentaskan sekitar dua dekad lalu.

Malah, dia menyifatkan pencapaian menjual 23,000 tiket dalam tempoh dua jam sebagai sesuatu yang belum pernah berlaku untuk mana-mana pementasan di Malaysia.

“Kalau sesuatu itu bagus, pasti akan bertahan lama. Ini buktinya apabila 23,000 tiket terjual dalam dua jam.

“Tak pernah terjadi dalam Malaysia untuk apa-apa show sekali pun. Itu bukti yang masih ada orang nak tengok PGL,” katanya.

Peminat Singapura pula ‘bising’

Fenomena PGL tidak terhenti di Malaysia apabila peminat dari Singapura turut menyuarakan kekecewaan selepas gagal mendapatkan tiket.

Menurut Tiara, sambutan daripada negara jiran itu turut membuka kemungkinan untuk PGL dibawa kembali ke Singapura, dengan perbincangan awal sudah dilakukan bersama pihak berkaitan.

“Di media sosial, peminat dari Singapura turut bising dan mengadu tidak sempat merebut tiket.

“Dulu sewaktu kami ke Esplanade, pementasan mencatat full house sehingga terpaksa ditambah dua persembahan lagi.

“Sebenarnya kami sedang dalam perbincangan dengan pihak di sana untuk melihat kemungkinan membawanya ke sana, namun pementasan sebesar ini bukan mudah untuk dipindahkan.

“Jika ada rezeki, insya-Allah,” ujarnya.

Untuk edisi terbaharu ini, PGL bakal dipentaskan di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square, bermula 31 Oktober hingga 15 November.

Tiara menyifatkan JCPAC sebagai antara dewan teater tercanggih di Malaysia yang dilengkapi teknologi terkini selain menawarkan pengalaman visual optimum kepada penonton dari setiap sudut tempat duduk.

Text and pictures from gempak.com, shown with attribution.Read at gempak.com

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 28NEWnow08:0009:0010:0011:00
Latest 11:02 MYT
25New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
9 Oct, 01:28 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    01:28
Cited on platforms we cannot ingest directly

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.