
3 beranak cipta kenangan jadi kru penerbangan bersama
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Amsterdam: Tidak pernah merancang untuk bekerja bersama, namun juruterbang wanita dari Belanda menerima kejutan istimewa apabila mendapati kedua-dua ibu bapanya turut ditugaskan dalam penerbangan sama. (Harian Metro, 11:35)
Read the reporting
1 report
3 beranak cipta kenangan jadi kru penerbangan bersama
Amsterdam: Tidak pernah merancang untuk bekerja bersama, namun juruterbang wanita dari Belanda menerima kejutan istimewa apabila mendapati kedua-dua ibu bapanya turut ditugaskan dalam penerbangan sama.
Zoe de Bruin, 22, berkata, dia tidak menyangka penerbangannya dari Amsterdam ke Curaçao, sebuah pulau di Caribbean, menjadi pengalaman istimewa apabila bapanya, Michael, 57, bertugas sebagai kapten pesawat manakala ibunya, Marjan van Nooijen, 56, pramugari.
Katanya, jadual tugas dia dan ibu bapanya bertembung secara kebetulan tanpa sebarang perancangan sehingga menyaksikan ketiga-tiga mereka menjalankan tugas masing-masing dalam pesawat sama sekali gus menjadikan penerbangan biasa sebagai kenangan yang sukar dilupakan.
"Sebelum ini, saya pernah bertugas bersama ayah dalam lima penerbangan manakala ibu pula hanya sekali.
"Tetapi, penerbangan dari Amsterdam ke Curaçao itu terlalu istimewa kerana pengalaman pertama kami bertiga ditugaskan dalam pesawat sama," katanya seperti dilaporkan Gulf News.
Bagi Zoe, kerjaya juruterbang bukan asing kerana minatnya terhadap dunia penerbangan sudah dipupuk sejak kecil hasil inspirasi daripada keluarganya.
Katanya, bapanya adalah kapten pesawat syarikat penerbangan KLM Royal Dutch Airlines manakala ibunya pula baru kembali bertugas sebagai kru kabin selepas sekian lama meninggalkan industri penerbangan sejak 2000.
"Sejak kecil, saya sudah biasa kerana selalu tengok ayah membuat persiapan untuk bertugas dengan memakai pakaian seragam juruterbang.
"Lama kelamaan timbul minat dalam diri saya untuk memilih kerjaya sama seperti ayah dan bertugas di kokpit pesawat," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.