
Lonjakan harga bahan api antara faktor bil elektrik melambung
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Lonjakan harga bahan api di pasaran global susulan krisis geopolitik di Asia Barat antara faktor mendorong peningkatan bil elektrik bagi sebahagian pengguna domestik di Semenanjung. (Utusan Malaysia, 11:10)
Read the reporting
1 report
Lonjakan harga bahan api antara faktor bil elektrik melambung
KUALA LUMPUR: Lonjakan harga bahan api di pasaran global susulan krisis geopolitik di Asia Barat antara faktor mendorong peningkatan bil elektrik bagi sebahagian pengguna domestik di Semenanjung.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, gangguan keselamatan di Selat Hormuz, yang merupakan antara laluan tenaga terpenting dunia memberi kesan kepada bekalan global memandangkan laluan itu menampung kira-kira 20 peratus perdagangan minyak mentah dan gas asli cecair (LNG) dunia.
Malah katanya, ia turut menjadi laluan utama bagi 40 peratus bahan api untuk kegunaan Malaysia, sekali gus mendorong kepada peningkatan bil elektrik.
“Hal ini mengakibatkan kos bahan api seperti gas dan arang batu bagi suku kedua dan ketiga 2026 melonjak jauh melangkaui harga asas yang ditetapkan ketika penentuan tarif asas di bawah kerangka Incentive-Based Regulation (IBR) bagi tempoh kawal selia keempat (Regulatory Period 4 – RP4), dari 2025 hingga 2027,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) meminta menteri menyatakan faktor utama yang mendorong peningkatan mendadak caj bayaran elektrik isi rumah domestik kebelakangan ini.
Selain itu katanya, keadaan cuaca panas berpanjangan akibat keadaan suhu persekitaran semasa yang lebih panas juga antara faktor penggunaan elektrik yang tinggi.
Malah, pengurangan kapasiti penjanaan sebahagian loji jana kuasa juga antara faktor lain seperti pengurangan penjanaan daripada sumber hidro disebabkan cuaca panas berpanjangan mengakibatkan kebergantungan operasi yang lebih tinggi kepada penggunaan gas asli cecair (liquefied natural gas-LNG) yang diimport.
“Oleh itu, kos pembelian bahan api bagi penjanaan elektrik yang terpaksa ditanggung semasa krisis adalah lebih tinggi daripada kos yang diunjurkan dalam tempoh RP4,” katanya. – UTUSAN
The post Lonjakan harga bahan api antara faktor bil elektrik melambung appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia11:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.