
4 lelaki disyaki menyebabkan kebakaran Hutan Simpan Pekan ditahan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Pekan: Polis menahan empat lelaki dipercayai menyebabkan kebakaran berskala besar Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. (Harian Metro, 10:56)
Read the reporting
1 report
4 lelaki disyaki menyebabkan kebakaran Hutan Simpan Pekan ditahan
Pekan: Polis menahan empat lelaki dipercayai menyebabkan kebakaran berskala besar Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mereka yang ditahan berusia antara 27 hingga 60 tahun itu adalah pekebun nanas di sini.
Katanya, mereka ditahan bagi mendapat keterangan berhubung kebakaran hutan paya gambut bersebelahan kawasan penempatan mereka. Namun, mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan kerana melakukan kecuaian dengan api atau bahan mudah terbakar.
Sementara itu, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Harry Yong, berkata, kebakaran Hutan Simpan Pekan, minggu lalu menyebabkan kemusnahan kawasan paya gambut seluas lebih 80 hektar.
Pihaknya mengambil inisiatif membina dua parit sepanjang kira-kira 1,500 meter sebagai usaha menghalang api dari terus merebak lebih luas ke dalam kawasan hutan simpan berkenaan.
"Difahamkan hujan lebat semalam berjaya membantu memadam kebakaran, namun pemantauan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih tetap dilakukan setiap hari," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro10:56
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.