Malaysian Attention Engine
Live wire
47Lantik jurulatih tempatan jika sekadar mahu bersaing di ASEAN47General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am44World : Cornell University Cracks Down On Fraternity Parties Amid High-profile Rape Case41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40Kes Bunuh Irene Sofiya: Polis tunggu keputusan TPR38Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM37Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia37Pope Leo disahkan hidap kanser paru-paru, sebahagian paru-paru kanan dibuang37General : Husbands Can Also Be Victims Of Domestic Violence - Welfare Dept36Damansara storm: strong winds lift car into another at toll plaza - a reminder why you need Special Perils cover36400,000 belia masih menganggur hingga Jun - Dr Mohammed Taufiq35Taburan hujan di tadahan Empangan Pedu susut 30 peratus
NewConfirmedupdated 1 h ago

4,289 kes salah laku buli direkod dari Mac hingga Ogos lalu

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 08:07 MYTLatest activity 14 Oct, 08:18BMconfidence 80%

What happened

4,289 kes salah laku buli direkod dari Mac hingga Ogos lalu (Harian Metro, 08:07)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

4,289 kes salah laku buli direkod dari Mac hingga Ogos lalu

By Essa Abu Yamin · 14 Oct, 08:07 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) merekodkan sebanyak 4,289 kes salah laku buli bagi tempoh Mac hingga Ogos lalu termasuk kes yang berlaku di asrama.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,480 kes membabitkan buli fizikal, 1,386 kes buli lisan, 243 kes buli bukan lisan dan 180 kes buli siber.

"KPM memandang serius setiap kejadian buli yang membabitkan murid, sama ada di sekolah mahupun di asrama.

"Sehubungan itu, KPM terus memperkukuh pendekatan menangani buli secara menyeluruh, meliputi aspek penguatkuasaan, pengawasan persekitaran sekolah dan asrama, perlindungan mangsa, intervensi psikososial serta pembentukan karakter murid," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam, bagi menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) berhubung bilangan kes buli di sekolah dan asrama sejak Akta Antibuli 2026 berkuat kuasa serta penambahbaikan pemantauan asrama susulan pendedahan dalam inkues kematian Arwah Zara Qairina.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, angka kes yang direkodkan menunjukkan usaha menangani buli perlu dilaksanakan secara berterusan dan tidak terhad kepada tindakan disiplin semata-mata.

"Setiap aduan perlu diberikan perhatian sewajarnya, disiasat mengikut tatacara yang ditetapkan dan diikuti dengan tindakan serta intervensi yang bersesuaian.

"Bagi memperkukuh keselamatan dan pemantauan di asrama, KPM sudah melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan," katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina memaklumkan, daripada aspek pemantauan fizikal, KPM sudah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di 200 buah sekolah berasrama pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

"Pada tahun ini, inisiatif ini diteruskan melalui pemasangan CCTV di 333 buah sekolah berasrama dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

"Bagi Fasa 3 pada 2027, sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk memperluas pemasangan CCTV kepada 1,000 buah sekolah di seluruh negara," katanya.

Fadhlina berkata, pemantauan keselamatan tidak boleh bergantung pada kemudahan fizikal semata-mata dan pengawasan oleh warga sekolah, kepekaan terhadap perubahan tingkah laku murid dan tindakan segera terhadap aduan juga menjadi komponen penting dalam memastikan persekitaran asrama yang selamat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow09:00
Latest 09:10 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 08:07 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    08:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

4,289 kes salah laku buli direkod dari Mac hingga Ogos lalu
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.