
5 burung terkecil di dunia, No.1 cuma 5.5sm!
Only social or community posts, or a single source.
What happened
5 burung terkecil di dunia, No.1 cuma 5.5sm! (Kosmo!, 09:07)
Read the reporting
1 report
5 burung terkecil di dunia, No.1 cuma 5.5sm!
Burung merupakan haiwan yang boleh ditemui di semua benua.
Daripada lebih 11,000 spesies di seluruh dunia, burung hadir dalam pelbagai bentuk dan warna yang bersesuaian dengan tabiat, habitat dan gaya hidup.
Ada burung bersaiz besar seperti helang, enggang, burung unta dan ada juga yang bersaiz cukup kecil.
Minggu ini, CitaRasa kongsikan lima burung paling kecil di dunia seperti yang dikongsikan oleh discoverwildlife.com.
1- Bee hummingbird (Mellisuga helenae) 5.5sm
Anda mungkin berasa terkejut apabila mengetahui betapa kecilnya burung ini. Burung terkecil di dunia ini mempunyai panjang 5.5 sentimeter (sm) sahaja bagi jantan dewasa. Burung betina sedikit lebih besar iaitu 6.1sm.
Ini juga menjadikan dirinya vertebrata darah panas terkecil.
Beratnya hanya 1.95 gram lebih kurang berat kacang gajus. Burung kecil ini boleh ditemui hanya di Cuba, dan mencari makanan di kawasan berbunga sehingga sering disalah anggap sebagai lebah.
2- Esmeraldas Woodstar 6.4sm
Besar sedikit daripada kedudukan pertama, Esmeraldas Woodstar juga spesies hummingbird. Burung dengan nama kayangan ini hanya boleh ditemui di Barat Ecuador dan diancam kepupusan apabila saiz populasinya antara 1,000 hingga 2,700 ekor. Ia semakin pupus ekoran kehilangan habitat.
3- Selasphorus calliope 7sm
Burung ini merupakan burung terkecil berasal dari Amerika Syarikat dan Kanada. Dengan Panjang 7sm dari kepala hingga ekor, panjangnya seperti lampu kecil. Beratnya pula cuma 2 gram. Dietnya adalah nektar dan serangga-serangga kecil.
Ia dinamakan sempena nama seniman Yunani Calliope yang dikenali dengan suara indah.
4- Calypte costae 7.6sm
Juga sejenis hummingbird, burung ini mempunyai warna yang menyerlah. Burung jantannya mempunyai kepala hingga dagu berwarna ungu terang, menampakkan seperti buah plum yang marah. Warnanya digunakan sebagai tarikan seksual kepada betina. Ia boleh ditemui di Amerika Syarikat dan Mexico.
5- Pale-billed flowerpecker 8sm
Kurang menyerlah dengan warna adalah burung pale-billed folowerpecker. Burung berwarna hijau zaitun pucat ini boleh ditemui di India. Burung ini sering dilihat hidup bekerjasama dengan burung spesies lain iaitu Dendrophthoe falcata dalam mendapatkan makanan.
The post 5 burung terkecil di dunia, No.1 cuma 5.5sm! appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!09:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.