
5 maut bangunan runtuh di Istanbul
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
ISTANBUL: Lima orang maut selepas sebuah bangunan pangsapuri tujuh tingkat runtuh di daerah Maltepe, Istanbul, kata Menteri Dalam Negeri Mustafa Ciftci hari ini selepas operasi mencari dan menyelamat berakhir. (Berita Harian, 18:45)
Read the reporting
1 report
5 maut bangunan runtuh di Istanbul
ISTANBUL: Lima orang maut selepas sebuah bangunan pangsapuri tujuh tingkat runtuh di daerah Maltepe, Istanbul, kata Menteri Dalam Negeri Mustafa Ciftci hari ini selepas operasi mencari dan menyelamat berakhir.
Ciftci menerusi platform media sosial X, berkata empat mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital, sambil memaklumkan seramai 14 orang berjaya dikeluarkan dari runtuhan.
Bangunan yang terletak di bahagian Asia bandar raya itu runtuh pada awal Khamis.
Gabenor Istanbul, Davut Gul berkata sebuah premis perniagaan di tingkat bawah dan empat unit kediaman di dua tingkat di atasnya runtuh, manakala 14 orang didaftarkan menetap di alamat berkenaan. Tingkat atas bangunan itu sebahagian besarnya kekal utuh dan penghuninya dipindahkan.
Datuk Bandar, Maltepe Esin Koymen memberitahu penyiar Halk TV bahawa bangunan berkenaan mempunyai lebih banyak tingkat daripada yang dibenarkan.
Setakat ini, tiada penjelasan rasmi mengenai punca kejadian.
Memetik Agensi Berita Jerman (dpa), penambahan tingkat tanpa kebenaran adalah masalah yang berleluasa di Istanbul yang terletak di zon gempa bumi.
Pengkritik mendakwa program pengampunan pembinaan oleh kerajaan, yang membolehkan struktur dibina secara haram disahkan dengan bayaran denda, telah menggalakkan amalan itu. - BERNAMA-dpa
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.