Malaysian Attention Engine
Live wire
50Motosikal hilang kawalan, penunggang maut dilanggar lori42Give Umno one-third of seats in PAS-held states, says Nur Jazlan38General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon37Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut36Five Malaysians held in Japan over RM3.1mil cocaine haul hidden in shoes36Lee Zii Jia mohon injunksi Mahkamah Tinggi terhadap bapa, kakak36Kalau nak tahu wujud nepotisme atau tak, datanglah tonton PGLM - Mila Mohsin36General : Malaysia To Raise Haze Issue At ASEAN Foreign Ministers' Meeting – Mohamad35Tuanku Muhriz's position reinforced with invitation to Conference of Rulers35MOT himpunkan lebih 150 pakar, 60 forum pacu masa depan pengangkutan35General : Man Feared Drowned In Sg Chuah, SAR Operation To Resume Tomorrow35CMF’s first wireless speakers look like musical milk cartons
NewConfirmedupdated 53 min ago

80 hingga 100 kes baharu kanser kanak-kanak di Sabah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 09:29 MYTLatest activity 13 Oct, 09:29BMconfidence 80%

What happened

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 80 hingga 100 kes baharu kanser kanak-kanak setiap tahun, dengan hampir separuh daripadanya membabitkan kanak-kanak dari luar daerah Kota Kinabalu yang menghadapi cabaran tambahan untuk mendapatkan rawatan berpanjangan. (Berita Harian, 09:29)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

80 hingga 100 kes baharu kanser kanak-kanak di Sabah

By Olivia Miwil · 13 Oct, 09:29 MYT

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 80 hingga 100 kes baharu kanser kanak-kanak setiap tahun, dengan hampir separuh daripadanya membabitkan kanak-kanak dari luar daerah Kota Kinabalu yang menghadapi cabaran tambahan untuk mendapatkan rawatan berpanjangan.

Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Cawangan Sabah, Dr Brandon Patrick Senagang, berkata sebahagian kanak-kanak, terutama didiagnosis dengan leukemia akut, memerlukan tempoh rawatan sehingga lapan bulan yang berpusat di Kota Kinabalu.

Keluarga dari daerah pedalaman seperti Pitas, Kota Marudu dan Kudat sering kali terpaksa mencari tempat tinggal, menampung kos pengangkutan serta perbelanjaan harian, selain terpaksa meninggalkan pekerjaan dan ahli keluarga yang lain sepanjang anak mereka menjalani rawatan.

Beliau menyatakan Sabah amat memerlukan sebuah rumah persinggahan khas atau kemudahan penginapan sementara berhampiran hospital bagi menyokong kanak-kanak yang menjalani rawatan kanser serta penjaga mereka.

"Keluarga ini memerlukan tempat tinggal yang selamat, bersih dan berpatutan berhampiran hospital sepanjang fasa rawatan jangka panjang anak mereka," katanya dalam satu kenyataan sempena Bulan Kesedaran Kanser Pediatrik hari ini.

Dr Brandon berkata, kemudahan itu dapat mengurangkan perjalanan yang tidak perlu, meringankan beban kewangan keluarga, serta memastikan kanak-kanak dapat meneruskan dan menyelesaikan rawatan mereka tanpa isu penginapan menjadi satu lagi halangan.

Walaupun Rumah Ronald McDonald yang sedia ada menyediakan penginapan yang sangat membantu bagi keluarga yang menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, beliau menjelaskan bahawa premis itu turut menerima pesakit daripada perkhidmatan lain, termasuk onkologi dewasa dan jabatan perubatan lain.

Oleh itu, kapasitinya tidak mencukupi untuk menampung semua keluarga onkologi pediatrik yang memerlukan penginapan jangka panjang.

Dr Brandon menegaskan kerajaan negeri Sabah sewajarnya menerajui usaha dalam menangani keperluan ini, memandangkan kebanyakan keluarga yang terkesan berasal dari kawasan luar bandar dan kurang mendapat perkhidmatan sewajarnya.

Beliau mencadangkan kerajaan menyediakan atau mengubah suai hartanah sedia ada milik kerajaan berhampiran hospital, atau bekerjasama dengan pertubuhan kebajikan, sektor swasta serta rakan kongsi lain untuk membina kemudahan ini.

Sabah MMA turut menyerahkan 20 set kit penjagaan untuk pesakit onkologi pediatrik yang baharu didiagnosis kepada Unit Onkologi Pediatrik hospital berkenaan di sini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow
Latest 09:44 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 09:29 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:29

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

80 hingga 100 kes baharu kanser kanak-kanak di Sabah
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.