
MOT himpunkan lebih 150 pakar, 60 forum pacu masa depan pengangkutan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MOT himpunkan lebih 150 pakar, 60 forum pacu masa depan pengangkutan (Harian Metro, 09:53)
Read the reporting
1 report
MOT himpunkan lebih 150 pakar, 60 forum pacu masa depan pengangkutan
am@hmetro.com.my
Putrajaya: Lebih 150 penceramah dan 60 sesi forum bakal menghimpunkan pemain industri pengangkutan tempatan serta antarabangsa menerusi Transport Expo Asia (TXA) 2026, di Kuala Lumpur, bermula 20 Oktober ini.
Dianjurkan Kementerian Pengangkutan (MOT), acara selama tiga hari di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu akan mengetengahkan perkembangan teknologi serta hala tuju masa depan pengangkutan, termasuk kenderaan elektrik (EV), pemanduan autonomi, kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan logistik.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, TXA 2026 menjadi platform strategik untuk mencorakkan masa depan pengangkutan negara menerusi perkongsian idea, penerokaan teknologi dan pengukuhan kerjasama strategik.
Katanya, Malaysia bukan sahaja perlu mengikuti perkembangan global, malah memastikan negara bersedia menghadapi transformasi sektor pengangkutan secara inovatif dan mampan.
"Daripada mobiliti autonomi dan kenderaan elektrik kepada logistik generasi baharu, kita bukan sahaja perlu mengikuti perkembangan global, malah memastikan Malaysia bersedia menghadapi transformasi ini dengan yakin, inovatif dan mampan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
TXA 2026 turut memberi tumpuan kepada peralihan tenaga, kesiapsiagaan tenaga kerja, pembangunan berorientasikan transit, pembaharuan perundangan maritim dan usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau bagi perkhidmatan 'bunkering'.
Pada 21 Oktober ini, ASEAN Transport Connectivity Forum akan membincangkan daya saing kargo, integrasi pengangkutan pelbagai mod, penggunaan AI dan pemudahcaraan perdagangan digital.
Perbincangan turut merangkumi pembangunan projek rel utama, termasuk Trans Borneo Railway, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan RTS Link, selain potensi pendigitalan operasi serta pengukuhan kerjasama strategik serantau.
Program pada 22 Oktober pula akan menumpukan integrasi pengangkutan awam, keselamatan kenderaan autonomi, pembangunan infrastruktur pintar dan penggunaan rangkaian rel bagi meningkatkan kecekapan pengangkutan kargo.
Selain persidangan, pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi teknologi pengangkutan, termasuk kenderaan elektrik, pemanduan autonomi, aplikasi AI, simulasi pelanggaran kenderaan serta sistem brek kecemasan automatik untuk motosikal.
Pameran di Dewan 2 dan Dewan 3, Aras 1, MITEC, dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 6 petang pada 20 dan 21 Oktober, manakala pada 22 Oktober sehingga 5.30 petang.
Program TXA 2026 akan dimulakan lebih awal pada 19 Oktober menerusi Kongres Keselamatan Jalan Raya 2026 dan tiga bengkel anjuran Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang memberi tumpuan kepada keselamatan jalan raya, automasi operasi darat, identiti digital dan pertukaran data kargo.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro09:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.