
Ab Ghani mahu Harimau Malaya buru ranking terbaik
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Ab Ghani mahu Harimau Malaya buru ranking terbaik (Harian Metro, 13:58)
Read the reporting
1 report
Ab Ghani mahu Harimau Malaya buru ranking terbaik
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Dua jendela aksi antarabangsa pada November ini dan Mac tahun depan perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh skuad Harimau Malaya untuk memburu kemenangan sekali gus meningkatkan kedudukan dalam ranking dunia sebelum undian kelayakan Piala Dunia 2030/Piala Asia 2031 berlangsung.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, skuad negara perlu meraih keputusan positif dalam setiap perlawanan antarabangsa bagi memastikan Malaysia berada dalam balang terbaik ketika undian kelayakan kejohanan berkenaan dilakukan.
Menurutnya, FAM merancang mengatur perlawanan persahabatan antarabangsa berstatus Tier 1 bagi memberi peluang kepada Harimau Malaya mengutip mata ranking yang diperlukan untuk memperbaiki kedudukan semasa.
"Pada November ini, kita mahu berada pada kedudukan ranking yang lebih baik. Kita juga merancang mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan antarabangsa Tier 1 yang menawarkan mata untuk meningkatkan ranking kita.
"Tujuan utama adalah untuk mendapatkan balang yang lebih baik ketika undian kelayakan Piala Dunia bermula pada 2027 dan juga kelayakan Piala Asia 2031. Jadi, kita perlu berusaha mendapatkan kedudukan yang baik dan untuk itu, kita memerlukan perlawanan persahabatan," katanya.
Malaysia kini berada di kedudukan ke-133 dunia selepas kemas kini ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kelmarin, sekali gus membuka ruang untuk skuad negara terus memperbaiki kedudukan berkenaan menerusi keputusan positif dalam aksi antarabangsa akan datang.
Sebagai langkah awal, Harimau Malaya dijadual menentang China dalam dua perlawanan persahabatan di Guangzhou pada 14 dan 17 November ini.
Dua pertemuan itu menjadi peluang penting buat skuad negara menguji kemampuan menentang pasukan China yang menduduki kelompok 100 terbaik dunia yang berada pada tahap berbeza, selain memburu kemenangan untuk mengutip mata ranking dan meningkatkan kedudukan Malaysia.
Ab Ghani berkata, aksi menentang China juga sebahagian daripada persiapan FAM untuk memastikan skuad kebangsaan bersedia menghadapi cabaran antarabangsa seterusnya.
Selepas jendela November, tumpuan perlu diberikan kepada aksi antarabangsa pada Mac tahun depan yang menjadi antara peluang terakhir buat Malaysia mengukuhkan kedudukan sebelum proses undian kelayakan bermula.
Kegagalan melayakkan diri ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi yang berlangsung Januari depan bermakna Harimau Malaya tidak mempunyai kejohanan utama itu sebagai medan persiapan pada awal tahun, sekali gus menjadikan jendela Mac lebih penting untuk dimanfaatkan.
Malaysia boleh menggunakan tempoh berkenaan untuk mencari lawan yang mempunyai ranking lebih tinggi, sekali gus menguji kemampuan pasukan dan memburu kemenangan yang mampu menyumbang kepada peningkatan kedudukan dunia.
Dengan undian kelayakan Piala Dunia 2030 dan kelayakan Piala Asia 2031 dijangka berlangsung sekitar Jun tahun depan, setiap mata ranking yang diraih kini berpotensi memainkan peranan penting dalam usaha Harimau Malaya mendapatkan kedudukan balang yang lebih baik.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.