
'Ada ibu bapa tak hormat guru'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Sikap sesetengah ibu bapa kurang menghormati guru dan terlalu cepat menyalahkan sekolah apabila anak berdepan masalah dikhuatiri menyumbang kepada kemerosotan rasa hormat murid terhadap pendidik. (Berita Harian, 10:06)
Read the reporting
1 report
'Ada ibu bapa tak hormat guru'
KUALA LUMPUR: Sikap sesetengah ibu bapa kurang menghormati guru dan terlalu cepat menyalahkan sekolah apabila anak berdepan masalah dikhuatiri menyumbang kepada kemerosotan rasa hormat murid terhadap pendidik.
Selain itu, rata-rata guru juga dibelenggu rasa bimbang berdepan tindakan undang-undang dan aduan, sekali gus lebih mengutamakan perlindungan diri berbanding tindakan mendisiplinkan murid.
Perkembangan itu yang dibimbangi boleh menjejaskan peranan sekolah sebagai institusi pembentukan sahsiah adalah antara maklum balas diperoleh BH daripada guru sendiri, pakar psikologi pendidikan dan juga pihak kesatuan mewakili golongan pendidik.
Seorang guru memberitahu BH, berdasarkan pengalamannya sebagai pendidik selain sebagai ibu, ada ibu bapa cenderung terus menyalahkan guru atau sekolah apabila anak mereka berdepan masalah disiplin atau pembelajaran.
"Anak adalah cerminan ibu bapa. Kalau ibu bapa sendiri tak hormat guru, bagaimana kita harapkan anak hormat guru? Namun, masih ada ibu bapa hormat guru dan tidak terus percaya cerita anak mereka," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Rapeah.
Beliau berkata, ada juga ibu bapa yang apabila berdepan masalah anak, lebih mudah menyalahkan rakan anak mereka, sekolah atau guru berbanding menilai terlebih dahulu peranan sendiri dalam membentuk tingkah laku dan pembelajaran anak.
Katanya, keadaan itu lebih ketara apabila ibu bapa berasa malu dengan tindakan anak, terutama apabila menyedari mereka mungkin terlepas pandang dalam aspek pendidikan atau pemantauan di rumah.
"Apabila perkara itu berlaku, kesalahan dialihkan kepada pihak lain. Selalunya kawan anak dipersalahkan, sekolah dan akhirnya guru juga dipersalahkan," katanya.
Tambahnya, perkara sama turut berlaku dalam aspek pembelajaran apabila anak gagal menguasai sesuatu kemahiran asas atau tidak memberi tumpuan ketika berada dalam kelas.
"Mereka akan kata 'cikgu buat apa di sekolah', 'cikgu tidak mengajarkah sampai anak saya langsung tidak faham, sedangkan mereka perlu tanya juga, adakah ibu bapa bantu anak di rumah?" katanya.
Rapeah berkata, pendidikan membabitkan kerjasama antara sekolah dan keluarga, malah guru juga berdepan pelbagai batasan dalam menjaga murid di sekolah, termasuk dalam aspek kesihatan.
"Dalam hal kesihatan pun, guru ada batas. Contohnya apabila murid demam, guru tidak boleh sesuka hati sapu minyak, beri ubat atau memicit badan. Ada prosedur yang perlu dipatuhi," katanya.
Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan pentingnya ibu bapa memahami batas tugas guru, memberi kepercayaan dan ruang mereka menjalankan tugas termasuk menegur kesalahan murid secara berhemah.
"Kalau setiap teguran guru dianggap sebagai kesalahan dan setiap aduan anak terus dipercayai tanpa mendapatkan penjelasan guru, lama-kelamaan guru akan takut untuk bertindak.
"Kesannya bukan hanya kepada guru, tetapi kepada anak itu sendiri yang mungkin membesar tanpa belajar bahawa setiap perbuatan ada akibat dan mereka perlu bertanggungjawab terhadap kesilapan," katanya.
Utama lindungi diri
Sementara itu, Pensyarah Psikologi Pendidikan Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkap Felo Akademi Prof Malaysia (APM), Prof Dr Rosna Awang Hashim, berkata kebimbangan guru terhadap terhadap tindakan undang-undang dan aduan boleh menyebabkan mereka lebih mengutamakan perlindungan diri berbanding mendisiplinkan murid.
"Ini sekali gus dilihat boleh menjejaskan peranan sekolah sebagai institusi pembentukan sahsiah. Dalam hal ini, perlu ada Akta Perlindungan Guru yang seimbang bagi melindungi pendidik yang menjalankan tugas dengan niat baik tanpa beri ruang kepada salah laku.
"Perlindungan sewajarnya penting bagi memastikan guru tidak terlalu takut untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik, termasuk dalam soal disiplin murid.
"Tanpa reformasi ini, guru akan terus utamakan perlindungan diri berbanding mendisiplinkan murid. Ini melemahkan sekolah sebagai institusi pembentukan sahsiah murid," katanya.
Rosna berkata, perlindungan untuk guru bagaimanapun tidak boleh ditafsirkan sebagai kekebalan daripada tindakan sekiranya berlaku salah laku kerana prinsip utama akta berkenaan harus memastikan guru bertindak berdasarkan niat baik.
"Guru laksana tanggungjawab profesional harus mendapat perlindungan, manakala perbuatan yang melanggar peraturan tetap tertakluk kepada tindakan sewajarnya. Ini perlu untuk memulihkan wibawa guru dan disiplin sekolah," katanya.
Katanya, penggubalan akta semata-mata tidak mencukupi sekiranya tidak disokong persefahaman dan kerjasama erat antara semua pihak berkepentingan dalam pendidikan.
Rosna berkata, kerajaan juga wajar menjalankan kajian menyeluruh dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak sebelum memperkenalkan sebarang reformasi berkaitan perlindungan guru.
Katanya, langkah itu penting bagi mengenal pasti kelemahan dalam sistem sedia ada dan memastikan penyelesaian yang diperkenalkan benar-benar berasaskan bukti, bukan sekadar reaksi terhadap kes tertentu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian10:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.