Malaysian Attention Engine
Live wire
51Lelaki Rohingya dituduh bunuh47Bendera terkena kabel voltan tinggi ketika perarakan, tiga remaja cedera45Man City deserve to keep titles, says PSG’s Luis Enrique45Paip pecah: 130,790 pengguna di P. Pinang mula terima bekalan air44Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?41224 non-citizens born in Sarawak first eight months of 202640NAK JADI KETUA MENTERI MELAKA WANITA PERTAMA!38Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut37Lantik jurulatih tempatan jika sekadar mahu bersaing di ASEAN36Warga Pakistan tular beli minyak masak subsidi, dikesan guna e-COSS milik isteri36MCMC testing new disaster warning system on 19 Nov: Here’s why your phone might sound an alarm36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi
NewConfirmedupdated 2 h ago

Agenda hijau IGEM mendekati kehidupan rakyat

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
30
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 09:30 MYTLatest activity 14 Oct, 10:50BMconfidence 58%

What happened

Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau serta Eko Antarabangsa Malaysia atau IGEM 2026 yang berlangsung selama tiga hari melabuhkan tirainya pada 9 Okt lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. (Free Malaysia Today, 09:30)

Read the reporting

2 reports
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·4 min read

Agenda hijau IGEM mendekati kehidupan rakyat

By Azran Fitri Rahim · 14 Oct, 09:30 MYT

Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau serta Eko Antarabangsa Malaysia atau IGEM 2026 yang berlangsung selama tiga hari melabuhkan tirainya pada 9 Okt lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Acara itu merekodkan hampir 65,000 pengunjung, penyertaan dari 57 negara dan 18 memorandum persefahaman.

Ini acara besar. Fokusnya kepada pembuat dasar dan pemain industri. Orang biasa yang pergi akan 'pening' sikit. Banyak benda 'pelik'.

Namun, paling penting selepas dewan dikosongkan, bagaimana agenda hijau ini dapat diteruskan dalam kehidupan rakyat?.

Walaupun menghimpunkan puluhan ribu pengunjung, persoalannya ialah sejauh mana agenda yang dibincangkan di IGEM sampai kepada masyarakat di luar lingkungan industri dan pembuat dasar.

Bagi mereka yang kurang terdedah kepada bidang ini, teknologi hijau mungkin lebih mudah dikaitkan dengan kenderaan elektrik dan panel solar.

Kedua-duanya mudah dilihat, tetapi tidak semua keluarga mampu membeli kereta elektrik atau memasang solar.

Jika gambaran hijau terhenti di situ, kelestarian boleh terasa jauh daripada keperluan mereka.

Sedangkan bagi sebuah keluarga yang sedang mengurus belanja bulanan, persoalan lebih dekat ialah bagaimana mengurangkan bil elektrik, mengelakkan pembaziran makanan dan memastikan rumah selesa untuk anak-anak.

Di sinilah agenda hijau perlu diterangkan dengan bahasa kehidupan.

Teknologi hijau merangkumi penggunaan tenaga dan air yang lebih cekap, pengurusan sisa serta produk yang mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Amalan kehidupan hijau pula melibatkan cara kita menggunakan kemudahan tersebut dan mengurus sumber.

Hubungannya boleh bermula dari dapur: membeli makanan mengikut keperluan, menyimpan bahan dengan betul dan mengasingkan sisa.

Di ruang keluarga, pilihannya mungkin menggunakan peralatan dengan cekap atau membaiki barangan yang masih boleh digunakan.

Langkah seperti ini memberikan masyarakat ruang untuk mengambil bahagian mengikut kemampuan.

Mendekatkan agenda tersebut kepada rakyat merupakan sebahagian daripada tujuan IGEM sejak diperkenalkan pada 2010.

Selepas 16 tahun, apakah yang telah dicapai?

Pencapaian paling jelas ialah pembinaan platform berterusan untuk kerajaan, industri, penyedia teknologi dan pelabur bertemu.

Laman rasmi IGEM melaporkan lebih RM86 bilion peluang perniagaan dan lebih 700,000 kehadiran terkumpul sejak penganjuran pertama.

Angka itu menunjukkan jangkauan serta minat terhadap ekonomi hijau. Namun, peluang perniagaan tidak boleh disamakan dengan pelaburan yang sudah dilaksanakan.

Gambaran pencapaiannya akan lebih lengkap melalui rekod projek yang beroperasi, teknologi yang digunakan dan manfaat alam sekitar yang dapat diukur.

Terdapat juga petunjuk manfaat pada peringkat ekosistem. Jawapan Kementeri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) di Dewan Rakyat pada November 2025 menyatakan penjanaan pelaburan hijau RM7.883 bilion dan lebih 2,000 peluang pekerjaan hijau pada 2024.

Angka tersebut melibatkan gabungan Elaun Cukai Pelaburan Hijau (Gita), Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) dan IGEM. Keseluruhannya tidak boleh dikreditkan kepada pameran ini sahaja.

Jawapan sama mengakui cabaran pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana, kekurangan tenaga mahir serta keperluan meningkatkan kesedaran masyarakat.

Keperluan terakhir itu menjadikan pembaharuan IGEM 2026 lebih bermakna.

Di bawah kepimpinan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Arthur Joseph Kurup, NRES bersama Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) memperkenalkan 'Sustainable Lifestyle Showcase' buat pertama kali.

Segmen gaya hidup lestari ini menghubungkan agenda hijau dengan fesyen, makanan, kecantikan dan penjagaan diri.

Penyertaan jenama seperti L’Oréal Groupe, The Body Shop dan Siti Khadijah membuka ruang membincangkan kelestarian melalui barangan yang dikenali serta digunakan masyarakat.

Pengguna mungkin kurang biasa dengan 'kredit karbon', tetapi mereka memahami pakaian, makanan dan pembungkusan.

Melalui perkara tersebut, perbincangan boleh berkembang kepada sumber bahan, pengeluaran bertanggungjawab, penggunaan semula dan pengurusan sisa.

Namun, maklumat mesti jelas. Pengguna perlu dapat menilai dakwaan mesra alam, ketahanan produk dan kos penggunaannya.

Bagi keluarga yang mempunyai bajet terhad, pilihan lestari perlu menawarkan manfaat yang dapat difahami serta sesuai dengan rutin mereka.

Pengisian tersebut memperlihatkan peranan MGTC sebagai penganjur bersama dan agensi pelaksana, dengan NRES selaku penganjur IGEM.

Pembaharuan gaya hidup tahun ini meneruskan usaha pendidikan interaktif yang sudah diperkenalkan pada 2025, sambil membuka ruang lebih luas untuk penglibatan masyarakat.

Pada masa sama, Arthur menekankan tadbir urus melalui cadangan perakaunan karbon mandatori di bawah Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara yang bakal diperkenalkan.

Pendekatan dasar dan pendidikan pengguna boleh saling melengkapi: industri memerlukan aturan yang jelas, sementara rakyat memerlukan maklumat untuk membuat pilihan.

Untuk mengukuhkan hubungan itu, dicadangkan pada edisi akan datang disediakan demonstrasi “rumah hijau mampu milik”, lengkap dengan dapur, bilik air dan ruang keluarga.

Pengunjung dapat membandingkan kos, memahami penggunaan peralatan dan membawa pulang panduan mudah menjimatkan tenaga serta mengurangkan pembaziran.

Pengalaman tersebut boleh disusuli program bersama sekolah, pihak berkuasa tempatan, persatuan penduduk dan komuniti kampung.

Bengkel membaiki barangan, mengasingkan sisa atau mengurus makanan berlebihan akan membantu meneruskan pendidikan selepas pameran.

Video pendek dan panduan praktikal pula boleh dikongsi sepanjang tahun.

Disebalik pelaksanaan acara, Ideas Integrated Sdn Bhd, syarikat Bumiputera yang menjadi tulang belakang IGEM 2026, turut menyumbang kepada usaha NRES dan MGTC.

Peranannya memperlihatkan sumbangan kepakaran tempatan dalam menjayakan platform antarabangsa yang kini memperluas pendekatannya kepada kehidupan masyarakat.

Selepas 16 tahun, IGEM telah membina ruang penting untuk dasar, teknologi dan peluang ekonomi hijau.

Pembaharuan di bawah kepimpinan Arthur dan pelaksanaan MGTC membawa ruang itu lebih dekat kepada rakyat.

Kejayaan seterusnya ialah apabila pengetahuan yang di bawa pulang membantu sebuah keluarga mengurangkan pembaziran, mengurus belanja dan menjaga persekitarannya sepanjang tahun.

Penulis ialah pengamal komunikasi strategik yang pernah berkhidmat sebagai wartawan, setiausaha akhbar menteri dan pegawai khas komunikasi strategik dan media kepada perdana menteri kesembilan.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

As published in Free Malaysia Today’s feed.Read at Free Malaysia Today

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31first news pick-upNEWnow11:00
Latest 11:11 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. News
    First news outlet reports it (Sinar Harian) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
14 Oct, 09:30 MYT
Origin confidence 90% · 80 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    09:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Agenda hijau IGEM mendekati kehidupan rakyat
Free Malaysia TodayNewsmainstreamBM
IGEM 2026: Melakar kejayaan luar jangka
Sinar HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.