Malaysian Attention Engine
Live wire
47Sport : Aichi-Nagoya 2026 Asian Para Games: Bonnie Retains 72 Kg Crown As Malaysia Claims Second Gold46China sends naval forces to monitor US warship near disputed shoal45Kebakaran Indonesia hampir 12 kali ganda keluasan London41‘Beta tidak berkenan jika ada kerabat ambil kesempatan’41Politics : PN Deregistered - RoS41World : French PM Urges Targeted Curfews After Violent Weekend Protests41Mafia korporat: Pasukan AMLA Bukit Aman beku RM4.3 bilion, sita RM1 bilion40Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta40Serba Dinamik founder Abdul Karim on Interpol Red Notice, says Anwar39Guthrie nafi cetus kebakaran hutan di Indonesia39U.S. stock futures climb as investors return to AI trade after selloff By Investing.com38Pengecualian cukai eksport minyak sawit bantu Malaysia rebut bahagian pasaran Indonesia
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Agrobank sokong pemuliharaan Tasik Ampang Hilir

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 17:14 MYTLatest activity 20 Oct, 17:14BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Agrobank dengan kerjasama Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menganjurkan Program Kelestarian Perikanan Darat – Mitigasi Memburu Ikan Asing di Tasik Ampang Hilir bagi menyokong pemuliharaan ekosistem air tawar. (Utusan Malaysia, 17:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Agrobank sokong pemuliharaan Tasik Ampang Hilir

By SABRINA ZULKIFLI · 20 Oct, 17:14 MYT

PETALING JAYA: Agrobank dengan kerjasama Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menganjurkan Program Kelestarian Perikanan Darat – Mitigasi Memburu Ikan Asing di Tasik Ampang Hilir bagi menyokong pemuliharaan ekosistem air tawar.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut menghimpunkan kira-kira 250 peserta daripada tujuh agensi dan organisasi, termasuk 43 warga kerja Bahagian Pembangunan Agrobank.

Antara aktiviti utama merangkumi penangkapan ikan asing menggunakan pukat, jala, pancing dan bubu yang disediakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, selain pelepasan 1,100 ekor benih ikan baung dan 300 ekor benih ikan lampam sungai ke tasik berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, usaha memelihara sumber semula jadi memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan sektor agromakanan negara.

“Kelestarian sektor agromakanan bukan hanya bergantung kepada pembiayaan dan pembangunan industri, tetapi juga kepada kesihatan alam sekitar yang menyokongnya.

“Melalui inisiatif ini, kami mahu warga kerja Agrobank bukan sekadar memahami kepentingan pemuliharaan, tetapi turut memainkan peranan secara langsung dalam menjaga sumber semula jadi untuk generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Turut serta dalam program berkenaan ialah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Aquaria KLCC, TCE Tackles serta Persatuan Pemancing Semalaysia.

Menurutnya, rekod Jabatan Perikanan Malaysia menunjukkan daripada 154 ekor ikan yang direkodkan di Tasik Ampang Hilir, sebanyak 146 ekor atau 94.8 peratus merupakan spesies ikan asing.

“Hanya lapan ekor merupakan spesies tempatan termasuk ikan ketutu, haruan, puyu dan kaloi, sekali gus menunjukkan keperluan usaha mitigasi yang terancang bagi membantu memulihkan keseimbangan ekosistem tasik,” katanya.

Mengulas lanjut, Agrobank berkata, pihak bank akan terus memperkukuh kerjasama dengan rakan strategik bagi melaksanakan inisiatif kelestarian yang menyokong pemeliharaan sumber semula jadi sebagai asas penting kepada keterjaminan makanan.

“Langkah ini sekali gus menggalakkan penglibatan warga kerja dalam aktiviti kesukarelawanan yang memberi manfaat kepada komuniti dan alam sekitar,” katanya. – UTUSAN

The post Agrobank sokong pemuliharaan Tasik Ampang Hilir appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 17:42 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
20 Oct, 17:14 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    17:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.