Malaysian Attention Engine
Live wire
57Polis bongkar makmal dadah sintetik RM18.19 juta di Masai dan Permas Jaya56PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang51Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara46Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB46KESUMA sedia garis panduan gaji permulaan berdasarkan MASCO44PeKa B40 to be rebranded as PeKa Sihat44Sport : KBS Hopes TM Will Focus More On Virtual Taekwondo - Minister43'I don't want to see you!': Tuanku Muhriz dresses down N Sembilan MB over throne dispute42Ahli politik Filipina didakwa biaya jet bawa 521kg dadah di Laos41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran36Nahas helikopter FDS: Audit dedah tiga ketidakpatuhan sebelum nahas
OverUnconfirmedupdated 7 d ago

Aidil puas hati semangat juang The Cats

Only social or community posts, or a single source.

Attention
2
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 8 Oct, 18:46 MYTLatest activity 8 Oct, 18:46BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak tetap melihat satu mata yang diraih pasukannya sebagai keputusan yang positif selepas The Cats mempamerkan semangat juang tinggi untuk bangkit mengikat Tampines Rovers FC 2-2 dalam aksi pembukaan Piala Shopee 2026/2027, semalam. (Google News Malaysia (BM), 18:46)

Read the reporting

1 report
Photo: utusan.com.my
utusan.com.my·News·BM·1 min read

Aidil puas hati semangat juang The Cats

8 Oct, 18:46 MYT

PETALING JAYA: Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak tetap melihat satu mata yang diraih pasukannya sebagai keputusan yang positif selepas The Cats mempamerkan semangat juang tinggi untuk bangkit mengikat Tampines Rovers FC 2-2 dalam aksi pembukaan Piala Shopee 2026/2027, semalam.

Walaupun gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih tiga mata, Aidil optimis anak buahnya telah menunjukkan karakter yang kuat apabila tidak berputus asa sehingga berjaya mengubah kedudukan perlawanan.

Menurutnya, Kuching City menguasai sebahagian besar permainan dan mencipta beberapa peluang terbaik, namun ketumpulan penyudah serta ketangkasan benteng lawan menghalang mereka daripada meraih kemenangan.

“Secara keseluruhannya, jika melihat kepada perlawanan ini, kami menguasai permainan dengan baik. Saya rasa kami tidak layak untuk kalah dalam perlawanan ini.

“Kami mempunyai beberapa peluang dan kita juga perlu memberikan kredit kepada penjaga gol serta barisan pertahanan Tampines yang beraksi dengan baik untuk menyekat kami,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Aidil mengakui Tampines Rovers bukan lawan yang mudah apabila pasukan dari Singapura itu mempamerkan disiplin pertahanan yang tinggi selain berjaya menutup ruang yang cuba dicipta pemain Kuching City.

Katanya, kebangkitan untuk menghasilkan dua jaringan membuktikan The Cats memiliki mentaliti yang tepat bagi bersaing dalam kejohanan berprestij Asia Tenggara itu.

“Kita tidak boleh berhenti di sini. Ini adalah bola sepak dan kami perlu teruskan daripada apa yang kami lakukan hari ini.

“Kami perlu mengambil pengajaran daripada perlawanan ini dan memperbaiki apa yang perlu untuk perlawanan seterusnya,” ujarnya.

Keputusan seri itu sekurang-kurangnya memberikan permulaan yang memberangsangkan buat wakil Malaysia tersebut dalam usaha memburu kemaraan ke pusingan berikutnya.

Tambah Aidil, pasukannya perlu lebih tajam di hadapan gawang serta perlu memanfaatkan peluang jika mahu mengubah penguasaan permainan kepada kemenangan dalam perlawanan seterusnya. – UTUSAN

Text and pictures from utusan.com.my, shown with attribution.Read at utusan.com.my

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is over

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. State
    Over

    single source and no mention for 36h

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
8 Oct, 18:46 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    18:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Aidil puas hati semangat juang The Cats
utusan.com.myNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Aidil puas hati semangat juang The Cats · Malaysian Attention Engine