
Air Selangor dijangka catat untung tahun ini selepas rugi sejak 2019
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dijangka mencatat keuntungan tahun ini selepas merekodkan kerugian sejak penggabungan pada 2019 bersandarkan kenaikan tarif air, geran Kerajaan Persekutuan serta peningkatan kecekapan operasi. (Berita Harian, 13:27)
Read the reporting
1 report
Air Selangor dijangka catat untung tahun ini selepas rugi sejak 2019
SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dijangka mencatat keuntungan tahun ini selepas merekodkan kerugian sejak penggabungan pada 2019 bersandarkan kenaikan tarif air, geran Kerajaan Persekutuan serta peningkatan kecekapan operasi.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata berdasarkan unjuran semasa, syarikat pengendali bekalan air itu berpotensi merekodkan margin keuntungan positif sekiranya tiada perkara luar jangka berlaku.
"Kita positif akan mencatatkan keuntungan. Kita tidak lagi berada dalam kedudukan kerugian. Sebahagian besarnya disumbangkan oleh geran yang kita terima daripada Kerajaan Persekutuan kerana berjaya mencapai sasaran dan matlamat pengurangan air tidak terhasil (NRW)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran program kerjasama Air Selangor, Universiti Selangor (UNISEL) dan Selangor Technical Skills Development Centre (STDC), di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali; Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Basri serta Pengerusi Lembaga Pengarah STDC, Datuk Mohd Nazri Mohd Noh.
Program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif mewujudkan model 'Universiti Air' pertama di Malaysia menerusi kerjasama strategik ketiga-tiga entiti itu susulan memorandum kerjasama yang ditandatangani pada 1 Julai 2025.
Mengulas lanjut, Amirudin berkata, geran itu diterima susulan kejayaan Air Selangor mencapai sasaran pengurangan NRW pada 2024, manakala Air Selangor berpotensi menerima geran tambahan sekiranya sasaran bagi 2025 turut dicapai.
Jelasnya, pelaksanaan pendigitalan dan langkah meningkatkan kecekapan pengurusan turut membantu mengurangkan perbelanjaan operasi syarikat.
"Selain itu, kenaikan tarif air menjadi antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan margin keuntungan Air Selangor," katanya.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, Air Selangor menyasarkan pengurangan kos elektrik sekurang-kurangnya 10 hingga 20 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun menerusi pelaksanaan projek tenaga solar.
"Bil elektrik kita kini menghampiri RM400 juta setahun. Jika kita berjaya mengurangkan satu perempat daripadanya, kita sudah dapat menjimatkan RM100 juta.
"RM100 juta itu boleh dikembalikan kepada kakitangan untuk latihan atau mungkin kepada rakyat melalui penambahan program air percuma, Skim Air Darul Ehsan," katanya.
Beliau berkata, pemasangan panel solar sudah dilaksanakan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), manakala kemudahan sama dirancang untuk diperluas ke SSP1 dan SSP3.
"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya dua tahun diperlukan untuk melengkapkan pemasangan di ketiga-tiga loji berikutan keperluan berkaitan tarif dan sambungan kepada grid elektrik.
"Mengenai kemungkinan semakan tarif air baharu, sebarang keputusan itu perlu diselaraskan antara negeri bagi memastikan kelestarian operasi bekalan air," katanya.
Ketika ditanya mengenai kesan ketidakstabilan geopolitik kepada kos Air Selangor, Amirudin berkata, hal itu memberi kesan namun tidak memberi impak besar kepada operasi yang kini memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kos utiliti khususnya elektrik.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian13:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.