Malaysian Attention Engine
Live wire
45'Kotak misteri' terbiar di sekolah selama sebulan, rupanya berisi tepung44Cara sembelihan ayam meragukan, Radzi Jidin gesa siasat premis di Bandar Tun Razak44General : Attendance At Siti Nurhaliza Concert Was By Special Invitation - Anwar37General : 30 Pct Discount On ECRL Economy-class Tickets For First Month Of Operations36Mafia korporat: Pasukan AMLA Bukit Aman beku RM4.3 bilion, sita RM1 bilion36Sport : FAM Expects To Sign MoUs With Two New Sponsors Soon - Syed Mahadi36General : Data Centres' Peak Electricity Demand Expected To Reach 8.39GW By 203036Business : 10 Credit Reporting Agencies Renew Registration For 2026/2027 - MOF35Business : KL20 Startup Investments Generate RM202.64 Bln In Sales Proceeds Since 202435Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri35Kebakaran hutan di Indonesia: Bantuan luar perlu tunggu pengisytiharan bencana nasional | Sinar Harian35Fatima tak sabar nak Jarir masuk ‘live’ TikTok – Fattah Amin
NewConfirmedupdated 1 h ago

Aisha Retno cedera kaki kanan akibat terjatuh

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 13:22 MYTLatest activity 20 Oct, 14:00BMconfidence 80%

What happened

SHAH ALAM: Penyanyi Aisha Retno mengalami kecederaan pada kaki kanan selepas terjatuh di rumah beberapa hari lalu, namun yakin sempat pulih sebelum pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) berlangsung. (Berita Harian, 13:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Aisha Retno cedera kaki kanan akibat terjatuh

By Fatin Farhana Ariffin · 20 Oct, 13:22 MYT

SHAH ALAM: Penyanyi Aisha Retno mengalami kecederaan pada kaki kanan selepas terjatuh di rumah beberapa hari lalu, namun yakin sempat pulih sebelum pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) berlangsung.

Aisha atau nama penuhnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, berkata kecederaan itu tidak serius, tetapi kekurangan masa untuk berehat dan mendapatkan pemulihan mencukupi menyebabkan kesakitan masih dirasai ketika berjalan.

"Kaki saya tiada apa yang serius. Mungkin apabila saya berjalan, ia nampak serius, tetapi saya hanya terjatuh dan mungkin disebabkan tiada masa mencukupi untuk pulih, keadaan itu menjadi sedikit teruk.

"Bagaimanapun, setakat ini keadaan saya okey dan saya berada dalam jagaan yang baik.

"Saya ada mama, keluarga dan orang sekeliling yang sangat mengambil berat tentang keadaan saya," katanya ketika ditemui pada Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini, baru-baru ini.

Aisha berkata, kecederaan itu tidak dijangka menjejaskan komitmennya dalam pementasan PGLM, memandangkan masih ada tempoh untuk menjalani pemulihan sebelum teater berkenaan dipentaskan.

Menurutnya, kecederaan itu bukan berlaku ketika menjalani latihan teater, sebaliknya akibat terjatuh di rumah beberapa hari lalu.

"Bukan terjatuh ketika latihan teater, tetapi saya mula perasan sakit ketika latihan. Saya terjatuh di rumah beberapa hari lalu.

"Tadi pun ketika membuat persembahan Pelesit Kota, saya masih terasa sakit.

"Untuk pementasan PGLM, jika dipermudahkan, kita masih ada dua minggu lagi untuk tempoh pemulihan. Insya-Allah, sempat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aisha turut meluahkan rasa syukur apabila meraih kemenangan menerusi kategori Selebriti Viral Terhangat pada AMT 2026.

Mengakui tidak menyangka kemenangan berpihak kepadanya, Aisha menyifatkan pengiktirafan itu sebagai rezeki yang menyuntik semangat untuk terus berkarya.

"Terima kasih, Allah, atas rezeki ini. Insya-Allah, saya akan buat lebih baik lagi dan tidak sabar untuk menghasilkan lebih banyak muzik.

"Alhamdulillah, sekarang keadaan saya semakin okey. Lebih-lebih lagi apabila menerima anugerah ini, bertambah okeylah saya," katanya.

Terdahulu, Aisha mencuri perhatian apabila dilihat berjalan perlahan dan menghadapi kesukaran menaiki tangga selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Selebriti Viral Terhangat pada AMT 2026.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow14:00
Latest 14:12 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 13:22 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Aisha Retno cedera kaki kanan, yakin pulih sebelum pementasan PGL
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.