
Alcaraz pilih Vienna selepas aksi Saudi ditunda
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Vienna: Bintang tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz mengubah perancangannya apabila memilih menyertai kejohanan ATP Vienna selepas acara pameran Six Kings Slam di Arab Saudi ditunda susulan situasi keselamatan yang semakin meruncing di negara itu. (Harian Metro, 19:58)
Read the reporting
1 report
Alcaraz pilih Vienna selepas aksi Saudi ditunda
Vienna: Bintang tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz mengubah perancangannya apabila memilih menyertai kejohanan ATP Vienna selepas acara pameran Six Kings Slam di Arab Saudi ditunda susulan situasi keselamatan yang semakin meruncing di negara itu.
Penganjur kejohanan Vienna mengesahkan pemain nombor tiga dunia itu bersetuju menyertai kejohanan berkenaan selepas mendapat maklumat mengenai penundaan acara di Arab Saudi, Rabu lalu.
Pengarah kejohanan Vienna, Herwig Straka berkata, pihaknya segera menghubungi pengurusan Alcaraz sebaik mendapat perkembangan berkenaan sebelum mencapai persetujuan dalam tempoh singkat.
"Semuanya berlaku dengan pantas dan Carlos bersetuju datang ke Vienna tanpa banyak pertimbangan.
"Komitmennya adalah satu penghormatan besar buat kejohanan kami," katanya dalam satu kenyataan.
Six Kings Slam yang menawarkan ganjaran lumayan pada asalnya dijadual berlangsung dari 21 hingga 24 Oktober dan disiarkan secara langsung menerusi Netflix.
Bagaimanapun, kejohanan itu ditunda selepas serangan maut kumpulan Houthi dari Yaman di Arab Saudi mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan di negara berkenaan.
Penganjur kini berharap acara berkenaan dapat berlangsung pada 27 hingga 30 Disember ini.
Alcaraz menyertai beberapa pemain ternama yang sebelum ini merancang beraksi di Arab Saudi sebelum ke Vienna, termasuk juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Alexander Zverev, Alex de Minaur dan Lerner Tien.
Kejohanan ATP 500 di Vienna yang berlangsung di gelanggang keras tertutup itu turut menampilkan pemain kelompok 10 terbaik dunia seperti Daniil Medvedev, Flavio Cobolli dan Frances Tiafoe.
Alcaraz bukanlah nama asing buat kejohanan berkenaan apabila pernah beraksi di Vienna pada 2021 dan berjaya melangkah ke separuh akhir.
Bagaimanapun, pemain yang pernah menduduki ranking nombor satu dunia itu masih bergelut mencari rentak konsisten sejak kembali beraksi selepas berehat panjang akibat kecederaan pada penghujung Ogos lalu.
Dia berjaya menjuarai kejohanan di Tokyo pada September, namun tersingkir pada pusingan ketiga Masters Shanghai selepas tewas dua set terus kepada pemain Belgium, Zizou Bergs, Isnin lalu.
Penyertaan di Vienna kini membuka peluang buat Alcaraz memperbaiki prestasi menjelang penghujung musim, selain menguji tahap permainannya menentang barisan pemain terbaik dunia.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.