Malaysian Attention Engine
Live wire
49Pegawai kerajaan maut ditikam suami44Camara sah sertai Haas musim depan39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara39Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu36Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia34Sukan Asia: KHM Beri Ganjaran RM160,000 Kepada Speedy Tigers33Taiwan's FIC Global targets US$2 billion revenue from Johor plant32Ahli politik Filipina didakwa biaya jet bawa 521kg dadah di Laos32Redzuan-Zi Yu hanya perlukan 16 minit tundukkan lawan30Business : ICT Industry, e-Commerce Contribute RM476.8 Bln To Malaysia's GDP In 2025 -- DOSM30Amanah confident of holding Bukit Katil despite predictions of BN gains30Next-of-kin of Long Lellang crash victims to receive RM130,000 in benefits, monthly pensions
NewConfirmedupdated 48 min ago

Lima pegawai kanan SPRM terima pengiktirafan FCMI, United Kingdom

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 22:52 MYTLatest activity 15 Oct, 23:16BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Komitmen berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melahirkan modal insan berkaliber bertaraf antarabangsa terbukti apabila lima pegawai kanannya meraih anugerah berprestij Fellowship Chartered Management Institute (FCMI), United Kingdom (Berita Harian, 22:52)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Lima pegawai kanan SPRM terima pengiktirafan FCMI, United Kingdom

By Hafidzul Hilmi Mohd Noor · 15 Oct, 22:52 MYT

KUALA LUMPUR: Komitmen berterusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melahirkan modal insan berkaliber bertaraf antarabangsa terbukti apabila lima pegawai kanannya meraih anugerah berprestij Fellowship Chartered Management Institute (FCMI), United Kingdom

Pengiktirafan bertaraf dunia daripada Chartered Management Institute (CMI) itu dizahirkan menerusi jalinan kerjasama strategik suruhanjaya berkenaan bersama Asia e University (AeU) yang bertindak sebagai universiti pelopor bagi program itu di negara ini.

Mendahului senarai penerima sijil dan watikah pengiktirafan berkenaan ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman; Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin; dan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Datuk Mohd Shahril Che Saad.

Turut menerima pengiktirafan sama, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Pesuruhjaya Kanan (KPKPj) Samsul Salip serta Mohd Fazli Husin daripada Bahagian Perisikan SPRM.

Majlis penyerahan sijil itu disempurnakan oleh Pegawai Integriti AeU, Prof Madya Dr Azmi Mohd di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Pengiktirafan antarabangsa itu diraih susulan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, menyaksikan Azmi dan Saiful Ezral berjaya menamatkan pengajian bagi program Sarjana Pengurusan (Master in Management).

Sementara itu, Mohd Shahril dan Samsul menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), manakala Mohd Fazli kini sedang melengkapkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di universiti sama.

Mengulas mengenai penganugerahan itu, Azmi berkata, FCMI adalah penarafan kepimpinan tertinggi daripada CMI, sebuah badan profesional pengurusan terkemuka dunia yang ditubuhkan sejak 1947 di United Kingdom.

"Gelaran Fellow ini bukan saja pengiktirafan tertinggi dalam bidang pengurusan dan kepimpinan, malah diiktiraf di lebih 170 negara di seluruh dunia," katanya.

Menerusi penganugerahan berkenaan, pegawai kanan SPRM terbabit diiktiraf sebagai pakar rujuk terkemuka dalam bidang pengurusan profesional serta berhak meletakkan gelaran rasmi 'FCMI' pada singkatan nama mereka.

Pentauliahan itu sekali gus menjadi penanda aras kompetensi unggul yang diakui secara meluas, sama ada dalam perkhidmatan awam mahupun sektor korporat di peringkat antarabangsa.

Semua pegawai terbabit bakal diraikan secara rasmi dalam Majlis Konvokesyen AeU Ke-15 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober ini di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow23:00
Latest 23:50 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 22:52 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    22:52

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.