
Redzuan-Zi Yu hanya perlukan 16 minit tundukkan lawan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Redzuan-Zi Yu hanya perlukan 16 minit tundukkan lawan (Harian Metro, 19:13)
Read the reporting
1 report
Redzuan-Zi Yu hanya perlukan 16 minit tundukkan lawan
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Beregu campuran muda negara, Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal-Low Zi Yu menepati ramalan apabila melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Remaja Dunia selepas menewaskan pasangan Kanada, Kyle Yatfung Le-Ying Jian, 15-5, 15-9 di Kaherah, Mesir, hari ini.
Pilihan pertama itu hanya mengambil masa 16 minit untuk mencatat kemenangan pada aksi pusingan kedua di Stadium Antarabangsa Kaherah itu selepas mendapat bye pada pusingan pertama.
Redzuan-Zi Yu yang membantu Malaysia muncul naib juara acara berpasukan campuran Piala Suhandinata, Ahad lalu, akan menentang pasangan Brazil, Klecivan Silva-Laura Roviezzo pada pusingan ketiga.
Gandingan itu hadir dengan reputasi sebagai antara pencabar utama selepas menjuarai Kejohanan Remaja Asia di Yatsushiro, Jepun, Julai lalu, sekali gus menamatkan penantian 19 tahun Malaysia untuk gelaran beregu campuran remaja Asia.
Malaysia turut mencatat keputusan cemerlang dalam acara beregu campuran apabila keempat-empat gandingan negara mara ke pusingan ketiga.
Pilihan ke-11, Khairul Azlan Khashah-Nur Aina Maisarah bangkit selepas tewas set pertama untuk menewaskan gandingan India, Yogansh Singh-Aanya Bisht, 8-15, 15-6, 15-7.
Mereka akan berdepan pasangan Australia, Ben Rambaud-Yanxi Liu pada aksi seterusnya.
Sementara itu, Yusuf Iqbal-Leong Hwee Ling turut melangkah ke pusingan ketiga selepas menewaskan pasangan Kanada, Pitousovanreath Roth-Emma Goyette, 15-9, 15-7.
Namun, mereka berdepan cabaran lebih getir apabila dijadual menentang pilihan keempat dari Republik Czech, Filip Titera-Amelie Maixnerova.
Gandingan pilihan ke-22, Irfan Shazmir-Genevie Lim pula hanya memerlukan 13 minit untuk menyingkirkan pasangan England, Yixiang Hou-Shraddha Gopalakrishnan, 15-9, 15-6.
Mereka seterusnya akan bertemu pasangan Indonesia, Moses Andar Simanjuntak-Reya Azzahra Yulianti.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:13
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.