Malaysian Attention Engine
Live wire
521MDB reaches settlement with Deutsche Bank in US$1.1bil suit47Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara46Dua lelaki maut, lima cedera kemalangan di Glenmarie45Pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Rang undang-undang dibentang awal 2027 - Loke41General : Tuanku Muhriz Will Not Attend Conference of Rulers Meeting41Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching40Pemandu, penumpang nyaris maut bas rempuh surau sekolah40Batik Air batal penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah38General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon38Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37JPJ gantung sementara VTA Chery Omoda 537Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 2027
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Alfa Cafe MIBJ sasar satu slot final

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 16:03 MYTLatest activity 12 Oct, 16:03BMconfidence 60%

What happened

Alfa Cafe MIBJ sasar satu slot final (Harian Metro, 16:03)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Alfa Cafe MIBJ sasar satu slot final

By Ferzalfie Fauzi · 12 Oct, 16:03 MYT

ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan Alfa Cafe MIBJ menyasarkan sekurang-kurangnya satu daripada empat pasukan yang dihantar mampu melangkah ke final Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 bagi Zon Utara.

Pengurus pasukan, Fareez Othman berkata, penyertaan empat pasukan itu bertujuan memberi peluang kepada pemain muda menguji kemampuan selain memburu keputusan terbaik dalam kejohanan berkenaan pada Jumaat dan Sabtu ini.

"Kalau boleh, kita nak masuk final. Daripada empat pasukan yang dihantar, harap salah satu daripadanya dapat melangkah ke peringkat itu jika ada rezeki," katanya yang mengambil nama pasukan bersempena restoran miliknya.

Menurutnya, pemain yang membarisi pasukan berkenaan kebanyakannya datang daripada latar belakang sekolah berbeza dan dihimpunkan menerusi jaringan jurulatih yang menguruskan persiapan mereka.

Fareez berkata, cabaran sengit dijangka menanti memandangkan banyak pasukan mengambil bahagian, namun Alfa Cafe MIBJ tetap akan berusaha memberikan aksi terbaik.

"Dalam permainan, menang atau kalah itu perkara biasa. Kita sudah pernah menyertai beberapa liga sebelum ini dan apa yang penting ialah memberikan persembahan terbaik serta menerima keputusan dengan hati terbuka," katanya.

Beliau turut menyifatkan Liga Takraw Nasional Mekdi sebagai platform penting untuk mencungkil bakat muda, khususnya pemain dari kawasan kampung yang mungkin belum berpeluang menyerlah kerana kekurangan pendedahan atau tidak bernaung di bawah kelab tertentu.

Katanya, kejohanan seperti itu mampu membuka ruang kepada bakat baharu untuk diketengahkan dan diberi peluang melangkah ke tahap lebih tinggi.

"Bagi saya, kejohanan ini bagus untuk mencari bakat muda, terutama dari sekolah, supaya mereka dapat terus berkembang dan menjadi pelapis kepada pemain sedia ada pada masa depan," katanya.

Alfa Cafe yang berpangkalan di sekitar Sungai Petani turut mempunyai hubungan dengan komuniti setempat menerusi operasi perniagaan restoran di kawasan Gurun dan Merbok.

Fareez berharap kejohanan itu dapat berlangsung mengikut jadual ditetapkan dan menjadi medan terbaik buat semua pasukan, khususnya pemain muda, membuktikan kemampuan masing-masing.

Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 Zon Utara akan berlangsung di The Arena of Sport, Sungai Petani, Kedah.

Selepas saingan Zon Utara, Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 akan diteruskan ke Zon Timur di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu.

Saingan Zon Tengah-Selatan pula akan dijadualkan semula dengan tarikh baharu dimuktamadkan kelak susulan penundaan sebelum ini berikutan keadaan jerebu yang tidak sihat.

Mereka yang berminat untuk menyertai kejohanan ini bagi Zon Utara boleh membuat pendafataran di https://forms.gle/jArxA3gGSeKd18aV9.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow17:0018:00
Latest 18:18 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 16:03 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    16:03

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Alfa Cafe MIBJ sasar satu slot final
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Alfa Cafe MIBJ sasar satu slot final · Malaysian Attention Engine