
Ibu maut nahas ketika hantar anak ke sekolah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Ibu maut nahas ketika hantar anak ke sekolah (Harian Metro, 16:28)
Read the reporting
2 reports
Ibu maut nahas ketika hantar anak ke sekolah
am@hmetro.com.my
Kota Marudu: Perjalanan seorang ibu menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Marak Parak di sini bertukar tragedi apabila wanita itu maut dalam nahas membabitkan motosikal ditunggangnya dan pikap jenis Toyota Hilux di simpang masuk sekolah berkenaan pagi tadi.
Dalam nahas jam 6.19 pagi itu, anak lelaki mangsa berusia tujuh tahun yang membonceng motosikal hanya cedera ringan.
Mangsa, Liza Jius, 34, cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintenden Simiun Lomudin berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah Toyota Hilux berwarna putih dan motosikal Modenas Kriss berwarna biru.
Katanya, siasatan awal mendapati Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 40 tahun itu dalam perjalanan dari Pekan Kudat ke Beluran, manakala motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dari Kampung Laguhang, Marak-Parak, ke sekolah berkenaan.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu pikap itu dipercayai sedang memintas motosikal di hadapannya sebelum motosikal itu membelok masuk ke simpang sekolah menyebabkan perlanggaran berlaku," katanya.
Simiun berkata, bagaimanapun pemandu pikap itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Marudu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:28
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.