
Lelaki warga emas ditemukan maut, suspek kurang siuman ditahan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun ditemukan maut di kawasan Permas Jaya, di sini petang semalam selepas dipukul dengan benda tumpul di bahagian lengan, kepala serta muka, beberapa kali. (Utusan Malaysia, 16:26)
Read the reporting
2 reports
Warga emas maut dipukul bertubi-tubi
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun maut selepas dipercayai dipukul bertubi-tubi menggunakan objek tumpul pada bahagian lengan, kepala dan muka dalam kejadian di Permas Jaya, di sini petang semalam.
Mangsa yang merupakan warga tempatan ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Ng Swie Chait berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 4.54 petang.
Menurut beliau, suspek ditahan kira-kira sejam kemudian, iaitu pada pukul 6 petang, di hadapan sebuah kedai makan di Bandar Baru Permas Jaya.
“Polis turut merampas sebatang tongkat besi dan sebuah potret gambar bagi membantu siasatan.
“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah, namun ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Tambahnya, motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi talian 07-2182323 bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE
The post Warga emas maut dipukul bertubi-tubi appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:26
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.