
Ammar Haikal pegang nasihat Papa Meng
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Nasihat supaya sentiasa menjadi diri sendiri yang dititipkan bapanya, Datuk Ameng, menjadi pegangan penyanyi, Ammar Haikal, sejak mula melangkah ke dunia seni. (Berita Harian, 18:21)
Read the reporting
1 report
Ammar Haikal pegang nasihat Papa Meng
KUALA LUMPUR: Nasihat supaya sentiasa menjadi diri sendiri yang dititipkan bapanya, Datuk Ameng, menjadi pegangan penyanyi, Ammar Haikal, sejak mula melangkah ke dunia seni.
Ammar atau nama sebenarnya, Wan Ammar Haikal Wan Aminuddin, berkata bapanya yang juga vokalis kumpulan Spring itu sentiasa mengingatkannya supaya membina identiti sendiri dan tidak dibayangi kejayaan atau populariti orang lain, termasuk ahli keluarga.
Katanya, pesanan itu bukan sekadar nasihat, sebaliknya menjadi panduan dalam menentukan hala tuju perjalanan seninya.
"Nasihat yang saya pegang sampai hari ini ialah supaya menjadi diri sendiri. Ayah selalu pesan jangan jadi orang lain, jangan jadi Papa atau kakak, sebaliknya jadilah diri Ammar sendiri.
"Sejak awal saya melangkah ke industri seni, ayah memang menegaskan perkara itu. Dia selalu panggil saya Haikal dan ingatkan supaya menjaga identiti sendiri.
"Alhamdulillah, sampai hari ini saya masih berpegang pada kata-kata itu dan menjadi diri sendiri," katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, pelantun lagu Gila Bayang itu turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian bapanya yang baru-baru ini dikurniakan gelaran Datuk.
Ammar berkata, dia pada mulanya menyangka bapanya ke Pahang bagi menjayakan persembahan biasa sebelum mengetahui Ameng menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran berkenaan.
"Pada awalnya, saya terkejut tetapi gembira dengan pencapaian ayah. Saya tak sangka ayah akan mendapat gelaran Datuk kerana dia hanya beritahu pergi membuat persembahan di Pahang, tetapi tidak pula memaklumkan akan menerima anugerah itu.
"Mungkin dia mahu memberikan kejutan kepada anak-anak, tetapi rahsia itu terbongkar selepas kakak menghantar gambar ayah di istana.
"Bagaimanapun, saya ingatkan ayah hanya membuat persembahan di istana seperti biasa. Apabila kakak menulis 'Congrats Datuk Papa Meng' pada gambar itu, barulah saya tahu," katanya.
Mengulas kejayaan bapanya, Ammar menyifatkan pengiktirafan itu setimpal dengan usaha, komitmen dan sikap tidak mudah berputus asa yang ditunjukkan Ameng dalam kerjaya seni.
Katanya, meskipun pernah melalui fasa sukar dalam kehidupan, bapanya tetap gigih bekerja dan memberikan tumpuan terhadap tanggungjawab profesional.
"Apa yang boleh saya contohi daripada ayah ialah dia tidak pernah mudah berputus asa. Walaupun pernah berada di titik terendah, dia seorang yang kuat bekerja dan tidak pernah mengabaikan kerjanya.
"Kalau bekerja, dia memang fokus. Walaupun dia pernah melalui kisah silam, alhamdulillah, hasil kerja kerasnya membolehkan dia berada pada kedudukan yang sepatutnya," katanya.
Awal bulan ini, Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 baginda. Pengurniaan itu membawa gelaran Datuk.
Dalam temu bual sebelum ini, Ameng berkata, dia merahsiakan berita pengurniaan darjah kebesaran itu daripada semua pihak, termasuk tiga anaknya.
Dalam perkembangan lain, Ammar bakal melancarkan single keduanya berjudul Cinta Ini Sadis pada 23 Oktober ini, yang juga tarikh ulang tahun kelahirannya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.