Malaysian Attention Engine
Live wire
45Sport : Harimau Malaya Head Coach Appointment Still Under Discussion - Mohammed Taufiq42FDS digantung sementara, perkhidmatan kesihatan diteruskan menerusi kaedah alternatif40Pegawai kerajaan maut ditikam suami39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM37Elizabeth Tan kritik lakonan sendiri, Liyana Jasmay tetap puas hati36General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am36World : Children Among Multiple Victims In Shooting At Oregon Elementary School35`Saya tak pergi daftar belajar sebab tak cukup duit' - Pelajar cemerlang35PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35Woman brushing teeth behind wheel flashes middle finger before kicking auxiliary cop in groin at Glo Damansara35Amir Masdi idam konsert berskala besar
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Anak bukan bahan tontonan media sosial

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 08:12 MYTLatest activity 16 Oct, 08:12BMconfidence 60%

What happened

PERKONGSIAN gambar dan video anak-anak di media sosial semakin menjadi kebiasaan. (Kosmo!, 08:12)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Anak bukan bahan tontonan media sosial

By GHAZALI ALIAS · 16 Oct, 08:12 MYT

PERKONGSIAN gambar dan video anak-anak di media sosial semakin menjadi kebiasaan.

Daripada gelagat mencuit hati hinggalah aktiviti harian bersama keluarga, kandungan yang menampilkan kanak-kanak sering mendapat perhatian pengguna internet.

Namun, di sebalik populariti itu, timbul persoalan tentang sejauh mana hak privasi dan kesejahteraan mereka dilindungi.

Menurut Pensyarah Kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Dr. Rozita Wahab, fenomena yang dikenali sebagai sharenting iaitu gabungan perkataan sharing dan parenting, merujuk kepada amalan ibu bapa atau penjaga berkongsi maklumat, gambar dan video anak-anak secara dalam talian.

“Walaupun kebanyakannya bertujuan merakam kenangan, amalan ini berpotensi menjadikan kehidupan peribadi kanak-kanak sebagai tontonan umum tanpa persetujuan mereka.

“Kajian kebangsaan terhadap 720 ibu bapa dan orang dewasa oleh penyelidik Universiti Malaya mendapati 47.4 peratus responden tidak pernah mendengar istilah sharenting sebelum menyertai kajian berkenaan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, lebih menarik, 63.1 peratus ibu bapa mengakui hantaran yang menampilkan anak mereka menerima lebih banyak interaksi berbanding hantaran lain.

Dapatan itu memperlihatkan bagaimana perhatian pengguna media sosial boleh mendorong perkongsian berulang, sekali gus menjadikan kanak-kanak sebahagian daripada ekonomi perhatian digital.

Dalam keadaan tertentu, mereka bukan sahaja menjadi bahan hiburan, malah turut terlibat dalam promosi komersial yang menjana pendapatan keluarga.

Risiko utama amalan ini ialah kehilangan kawalan terhadap maklumat peribadi.

Kongsi Rozita lagi, gambar dan video yang dimuat naik boleh disalin atau disebarkan tanpa kebenaran.

“Maklumat seperti pakaian sekolah, lokasi kediaman dan rutin harian juga berpotensi mendedahkan keselamatan kanak-kanak kepada pihak tidak bertanggungjawab.

“Selain itu, jejak digital yang terbentuk sejak kecil boleh mempengaruhi identiti dan kesejahteraan emosi mereka apabila meningkat dewasa,” ujarnya.

Kandungan yang dianggap lucu oleh orang dewasa mungkin menimbulkan rasa malu, manakala perhatian berlebihan terhadap penampilan dan tingkah laku boleh mendorong kanak-kanak menilai diri berdasarkan penerimaan orang lain.

Justeru, perkongsian beretika perlu menjadi keutamaan.

Seorang lagi Pensyarah Kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Dr. Norsafatul Aznin A. Razak turut berkongsi, ibu bapa wajar meminta persetujuan anak mengikut tahap kematangan mereka, mengelakkan kandungan sensitif serta mengehadkan akses kepada hantaran peribadi.

“Guru dan pencipta kandungan juga perlu menghormati batas privasi kanak-kanak.

“Dalam era digital, kasih sayang tidak semestinya dibuktikan melalui perkongsian terbuka,” ujarnya.

Katanya, perlindungan terhadap privasi, maruah dan masa depan anak-anak harus mengatasi keinginan mendapatkan tanda suka, tontonan dan pengikut. -KOSMO! ONLINE

The post Anak bukan bahan tontonan media sosial appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:13 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
16 Oct, 08:12 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    08:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.