Malaysian Attention Engine
Live wire
55Kuasa veto PBB perlu disekat, hentikan jenayah kemanusiaan - Mohamad Hasan54SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG53General : MyDigital ID Not Powered By Third-party Blockchain Technology48Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM39Johari Abdul hargai khidmat pegawai kedutaan Malaysia di luar negara36JPN rekod 263,608 pemegang MyKad merah36Five Malaysians held in Japan over RM3.1mil cocaine haul hidden in shoes35Digital MyLapor platform allows anonymous reports of errant smokers35Kedah police: Motorcycle theft allegation believed to have led to teen’s torture death35Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis35Epic Games Delays Disney Project, Asks Developers to Use More AI35Lima nelayan Myanmar guna bot tempatan ditahan
NewConfirmedupdated 25 min ago

Pemohon pelarian masuk Malaysia sebelum UNHCR buat keputusan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
46
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 11:35 MYTLatest activity 13 Oct, 12:17BMconfidence 74%

What happened

KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan cabaran menguruskan pelarian apabila mereka melalui Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) memasuki negara ini menggunakan pas sosial sebelum permohonan diputuskan. (Utusan Malaysia, 11:35)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Pemohon pelarian masuk Malaysia sebelum UNHCR buat keputusan

By HAFIZ SAIDINA · 13 Oct, 11:35 MYT

KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan cabaran menguruskan pelarian apabila mereka melalui Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) memasuki negara ini menggunakan pas sosial sebelum permohonan diputuskan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, permohonan yang dibuka secara dalam talian membolehkan individu dari negara bergolak seperti Yemen, Syria dan Afghanistan memohon status pelarian sebelum hadir ke Malaysia sementara menunggu keputusan.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan ada pemohon yang berulang kali hadir ke pejabat UNHCR di Jalan Bellamy bagi mendapatkan perkembangan permohonan masing-masing.

“Ya, sekarang ini pelarian daripada negara kita kerana ada UNHCR ini, dia membuka permohonan untuk menjadi pelarian ini, dia buka pendaftaran cara atas talian. Dia mungkin berada di Yemen, dia mungkin berada di Syria, dia mungkin berada di Afghanistan, atau mana-mana negaralah yang ada push factor.

“Tak kiralah pelarian apa pun, dia mohon. Belum pun UNHCR di Kuala Lumpur bagi keputusan terhadap permohonan, dia datang dulu sebagai pelancong, pas sosial.

“Kemudian tiap-tiap minggu dia akan berkumpul depan pejabat UNHCR di Jalan Bellamy, untuk tanya apa status permohonan kami. Itulah realitinya. Ya, kita ni bercakap ni tentang hiliran. Yang huluan itu adalah menjadi punca masalah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Radzi Jidin (Bersatu-Putrajaya) yang meminta penjelasan mengenai kaedah pendaftaran pelarian di bawah Program Dokumentasi Pelarian (DPP), termasuk sama ada data UNHCR akan digunakan dan disemak bagi mengesahkan status mereka.

Radzi turut membangkitkan langkah kerajaan bagi mengelakkan kewujudan sindiket pendaftaran pelarian, selain hala tuju pengurusan lebih 225,000 pelarian, termasuk kemungkinan menggunakan pendekatan penempatan terkawal seperti yang dilaksanakan ketika menangani pelarian Vietnam kira-kira 40 hingga 50 tahun lalu.

Tambah Saifuddin, kerajaan menetapkan Januari 2023 sebagai tarikh pemisah bagi memastikan Program Dokumentasi Pelarian (DPP) tidak menjadi faktor penarik (pull factor) kepada kemasukan pelarian baharu ke Malaysia.

Menurutnya, individu yang memasuki negara ini selepas tarikh berkenaan tidak akan dipertimbangkan untuk pendaftaran di bawah program itu, yang diumumkan pada Mac 2023.

Katanya, kerajaan akan memberi tumpuan kepada pengurusan kira-kira 225,000 pelarian yang direkodkan, meskipun maklumat terperinci mengenai identiti, lokasi, umur dan alamat mereka masih belum diketahui.

“Masalahnya, 225,000 ini kita cuma dapat angka. Kita tidak tahu nama mereka, mereka berada di mana, umur berapa, alamat pun kita tidak tahu. Jauh sekali tapisan keselamatan, kita tidak tahu langsung. Kita cuma tahu angka sahaja,” katanya.

Beliau berkata, proses pendaftaran DPP akan dimulakan dengan pelarian yang berada di depot imigresen sebelum diperluas kepada mereka yang berada di luar depot.

Menurutnya, usaha itu bukan perkara baharu kerana kerajaan sebelum ini telah memulakan proses pengumpulan data pelarian melalui sistem yang dibangunkan dengan kerjasama sebuah syarikat penyedia perkhidmatan.

“Hasil fasa pertama itu menyaksikan kira-kira 30,000 individu direkodkan dengan maklumat lengkap, termasuk nama, selain sebahagian daripada mereka sudah bekerja dan mempunyai majikan.

“Sekarang saya mewarisi 30,000 data yang ada lengkap nama. Sekarang kita perluaskan lagi untuk memastikan data kita itu boleh dipercayai,” katanya.

Saifuddin berkata, pangkalan data yang lengkap dan boleh dipercayai penting bagi membolehkan kerajaan merangka dasar awam yang lebih jelas, bersasar dan boleh diukur sebagai penyelesaian berterusan terhadap isu pelarian.- UTUSAN

The post Pemohon pelarian masuk Malaysia sebelum UNHCR buat keputusan appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 46first news pick-upNEWnow12:00
Latest 12:35 MYT
46New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
13 Oct, 11:35 MYT
Origin confidence 90% · 25 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    11:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.