Malaysian Attention Engine
Live wire
49General : Rantau Panjang MP Siti Zailah Injured In Kuala Lipis Road Accident47Rai anugerah sehari dua, selepas itu dilupakan - Namron46AirAsia in talks with govt over potential funding support, sources say46Lelaki dibelasah guna topi keledar, lima individu dicari polis46World : Iran Offers To Mediate Between Saudi Arabia, Houthis Amid Regional Escalation45Anggota tentera ditahan miliki pistol, air ketum sedang dalam fasa peralihan bersara42Khidmat tren KLIA Ekspres alami gangguan, kabel terputus41Nahas Jalan Kuching: ‘Asiah bangun Asiah, kita dah nak sampai hospital’41DAP Melaka cabar pindaan Perlembagaan ADUN Lantikan41Malayan Tigress pesta gol belasah Iraq 4-037Tiada laporan pembatalan penerbangan jemaah umrah - PAPUH37World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Apa solusi terbaik tangani kes kematian tragis remaja?

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 09:00 MYTLatest activity 12 Oct, 09:00BMconfidence 64%

What happened

KEJADIAN buli dan keganasan yang melibatkan pelajar sehingga membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa sepatutnya menjadikan kita berhenti dan berfikir, apakah yang masih belum cukup dalam pendidikan anak kita? (Utusan Malaysia, 09:00)

Read the reporting

2 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Apa solusi terbaik tangani kes kematian tragis remaja?

By Rencana Utusan · 12 Oct, 09:00 MYT

KITA dikejutkan dua kes kematian pelajar di sekolah yang berbeza dalam tempoh yang terdekat. Isunya menarik pelbagai reaksi serta cadangan penyelesaian segera di pihak yang berautoriti.

Sudah pasti, kehilangan dua nyawa dalam dua insiden berbeza itu sangat menyedihkan serta memberi impak yang mendalam kepada pihak yang terlibat.

Untuk itu, kesihatan mental dan sosial turut menjadi tumpuan sebagai elemen yang perlu diberikan keutamaan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat.

Dalam suasana yang melibatkan reaksi penuh emosi seperti yang turut rasakan pada masa kini, kes-kes yang melibatkan kematian dalam kalangan pelajar sekolah adalah sesuatu yang perlu dinilai dalam perspektif yang lebih luas dan menyeluruh.

Justeru, pemegang taruh baik dari pembuat polisi, pelaksana, pihak keluarga serta seisi warga masyarakat perlu sama-sama memikirkan penyelesaian yang lebih ampuh dalam memastikan situasi terkawal serta berjaya dicegah untuk tempoh yang akan datang.

Kita perlu menerima dengan minda terbuka bahawa situasi yang berlaku berkemungkinan merupakan produk kepada situasi yang didorong oleh pelbagai faktor yang melibatkan individu, cara penataan kasih sayang di peringkat keluarga, libat urus dengan masyarakat sekeliling serta bagaimana sistem pendidikan diolah dan respon norma masyarakat yang kini skop komunikasi media sosial yang terlalu luas dan bervariasi.

Golongan remaja merupakan golongan paling rentan dalam berhadapan dengan pelbagai perubahan; situasi yang turut dipengaruhi oleh perubahan transisi hormon serta tahap penerimaan terhadap sesuatu realiti yang terjadi atau juga terhadap apa sahaja keputusan yang perlu dilakukan.

Ibu bapa antara pemegang taruh paling penting dalam memastikan kesinambungan erat kasih sayang yang membawa kepada rasa self-esteem , pembinaan keyakinan anak-anak serta sifat saling mengasihi sesama insan.

Aktiviti pendidikan di rumah disyorkan untuk disusun semula sebagai pelengkap terhadap suasana pendidikan di sekolah. Sudah sampai masanya masyarakat meletakkan institusi keluarga sebagai sesuatu yang sangat utama dalam melahirkan jiwa-jiwa insan yang mempunyai sifat penyayang.

Fokus kesihatan emosi dan mental pula perlu diterapkan dengan memanfaatkan platform sedia ada iaitu melalui aktiviti semasa pendidikan jasmani, aktiviti kokurikulum serta program-program bersifat motivasi.

Pihak sekolah wajarnya tidak menunggu Pasukan Kesihatan Sekolah hadir menyediakan perkhidmatan saringan mahupun vaksinasi sahaja sambil mengenepikan peranan kesihatan dalam menyumbang kepada suasana mental dan emosi yang sihat.

Di sini juga membuka ruang peranan sukarelawan kesihatan mental dan aktivis sosial yang perlu dipergiatkan terutama untuk menyeimbangkan serangan-serangan virtual yang bersifat negatif terhadap kestabilan emosi anak-anak remaja.

Mereka juga berperanan memberikan nasihat kesihatan yang bersifat kontemporari dan realistik.

Di pihak autoriti dan pembuat polisi, kajian dan strategi lebih menyeluruh disarankan untuk diperkemaskan terhadap semua kandungan media sosial yang agak rentan dan sensitif terhadap pertumbuhan dan kematangan minda remaja.

Anak remaja yang ‘bermetamorfosis’ menjadi pemangsa ganas, dan anak-anak yang menjadi mangsa; kedua-dua pihak merupakan anak-anak masyarakat dan negara.

Tanggungjawab kita bersama memberikan sumbangan bernas dan konstruktif ke arah masa depan negara yang lebih sejahtera. Sudah pasti dengan usaha-usaha berkenaan, kita juga perlu tidak lupa untuk saling mendoakan untuk kebaikan. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MALINA OSMAN

Pensyarah Jabatan Kesihatan Komuniti dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Universiti Putra Malaysia

The post Apa solusi terbaik tangani kes kematian tragis remaja? appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:0011:0012:00
Latest 12:43 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
12 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 60% · 1 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Dua jiwa perlu diisi
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Apa solusi terbaik tangani kes kematian tragis remaja? · Malaysian Attention Engine