
Arteta pertahan keputusan Arsenal buang 60 pekerja
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
LONDON: Mikel Arteta mempertahankan keputusan Arsenal mengurangkan 60 jawatan dalam kelab itu, dengan menegaskan langkah berkenaan bertujuan memastikan kelab terus berkembang dan mencapai kejayaan. (Berita Harian, 07:05)
Read the reporting
1 report
Arteta pertahan keputusan Arsenal buang 60 pekerja
LONDON: Mikel Arteta mempertahankan keputusan Arsenal mengurangkan 60 jawatan dalam kelab itu, dengan menegaskan langkah berkenaan bertujuan memastikan kelab terus berkembang dan mencapai kejayaan.
Kenyataan pengurus Arsenal itu hadir hanya seminggu selepas kelab mengumumkan dia menandatangani kontrak baharu selama empat tahun yang dilaporkan bernilai 20 juta pound (RM108 juta) setahun.
Pengurangan tenaga kerja itu tidak membabitkan kakitangan kejurulatihan dan sokongan pasukan lelaki serta wanita, operasi komuniti kelab, Yayasan Arsenal dan petugas keselamatan.
Sebaliknya, pengurangan jawatan akan tertumpu kepada bahagian operasi di luar padang.
Arteta berkata, dia dimaklumkan mengenai analisis yang dilakukan, namun menegaskan keputusan berkaitan pengurangan kakitangan bukan bidang kuasanya untuk diperjelaskan.
"Soalan ini bukan untuk saya. Saya sudah dijelaskan mengenai langkah dan analisis yang dilakukan di seluruh kelab, dengan matlamat untuk terus berkembang dan melakukan penambahbaikan.
"Sesetengah keputusan perlu dibuat bagi memastikan setiap individu berada dalam peranan yang sesuai, selain meneruskan pelaburan untuk mencapai kejayaan yang kita mahukan.
"Perkara itu sudah dijelaskan kepada saya. Jelas sekali, saya bukan orang yang tepat untuk menjawab soalan itu dan saya berharap semua pihak menghormatinya," katanya.
Ketika Arteta diasak dengan soalan lanjut mengenai perkara itu, pegawai media kelab mencelah dengan menjelaskan isu berkenaan sepatutnya dirujuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arsenal, Richard Garlick.
Dalam perkembangan lain, Arteta mengesahkan Arsenal akan mengambil semula gambar rasmi skuad bagi musim 2026/2027 selepas pertahanan Perancis, William Saliba, tidak berada dalam gambar berkenaan.
Kelab itu menjelaskan Saliba tidak dapat menyertai sesi fotografi kerana menghadiri temu janji dengan doktor pada hari berkenaan.
Arteta berkata, sesi fotografi itu sudah tiga kali dirancang sebelum ini, namun terpaksa dibatalkan pada saat akhir atas beberapa sebab.
"Kami sudah cuba mengambil gambar itu sebanyak tiga kali. Ia terpaksa dibatalkan pada saat akhir atas pelbagai sebab, sedangkan kami mempunyai komitmen komersial.
"Jadi, kami memutuskan untuk mengambil gambar itu terlebih dahulu. Ya, kami akan mengambilnya semula dengan Saliba turut serta," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian07:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.