
Saifuddin lakukan upacara perkahwinan bukan Islam video lama, JPN minta henti sebar
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Saifuddin lakukan upacara perkahwinan bukan Islam video lama, JPN minta henti sebar (Harian Metro, 23:11)
Read the reporting
1 report
Saifuddin lakukan upacara perkahwinan bukan Islam video lama, JPN minta henti sebar
hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Orang ramai digesa menghentikan penyebaran video lama memaparkan Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang melakukan upacara perkahwinan sivil pasangan bukan Islam yang boleh mencetuskan naratif mengelirukan dan salah faham dalam masyarakat.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata, video berkenaan bukan kejadian baharu, sebaliknya adalah sebahagian daripada pengisian Majlis Sambutan Jubli Intan JPN sempena Hari Pendaftaran Negara 2023.
Menurutnya, pihaknya memandang serius tindakan menularkan semula klip video berkenaan, sedangkan perkara berkenaan sudah dijelaskan secara rasmi sejak 25 Oktober 2023.
"Mengitar semula rakaman lama tanpa menjelaskan konteks sebenar, apatah lagi sehingga menimbulkan persepsi yang mengelirukan, adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat," katanya.
Menurut kenyataan berkenaan, JPN adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan melaksanakan pendaftaran perkahwinan sivil pasangan bukan Islam berdasarkan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].
Katanya, pembabitan MDN dalam upacara perkahwinan sivil itu adalah sebahagian pengisian majlis rasmi JPN pada 2023.
Menurutnya, ia perlu dilihat dalam konteks pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
"JPN turut berkongsi pandangan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) berkaitan aspek hukum syarak yang relevan sebagai rujukan masyarakat supaya perkara ini dinilai berdasarkan fakta dan penjelasan pihak berautoriti, bukannya andaian atau tafsiran yang mengelirukan.
"JPN menegaskan perbezaan pandangan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyebarkan maklumat di luar konteks sehingga mencetuskan polemik yang tidak berasas," katanya.
Menurut kenyataan itu, orang ramai terutama pengguna media sosial digesa lebih bertanggungjawab dalam menyemak kesahihan, tarikh dan konteks sesuatu rakaman sebelum menyebarkannya.
"Hentikan tindakan mengitar semula isu lama dengan naratif yang mengelirukan.
"Hormati fakta, rujuk penjelasan rasmi dan jangan jadikan media sosial medan mencetuskan salah faham dalam masyarakat.
"JPN akan terus melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya secara profesional, berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa serta kepentingan rakyat," katanya.
Pada 25 Oktober 2023 media melaporkan, pendaftaran perkahwinan sivil membabitkan Saifuddin Nasution seperti tular di media sosial tiada kaitan dengan ritual agama dan adat sesuatu kaum.
JPN dalam satu kenyataan dipetik memaklumkan, pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam berlandaskan undang-undang sivil di bawah Akta 164 dan ia dibuat bersempena Majlis Sambutan Jubli Intan yang diadakan di Pejabat JPN, Putrajaya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro23:11
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.