
ASEAN tidak boleh lagi tolak ansur, jerebu rentas sempadan perlu tindakan segera
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
ASEAN tidak boleh lagi tolak ansur, jerebu rentas sempadan perlu tindakan segera (Google News Malaysia (BM), 13:21)
Read the reporting
1 report
ASEAN tidak boleh lagi tolak ansur, jerebu rentas sempadan perlu tindakan segera
PUTRAJAYA: Isu jerebu merentas sempadan akibat kebakaran hutan di Kalimantan telah menjadi krisis tahunan yang semakin parah dan tidak boleh lagi dianggap sebagai masalah domestik semata-mata.
Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Prof Dr Ahmad Ismail berkata, Impaknya melangkaui sempadan negara, menjejaskan kesihatan awam, melumpuhkan sektor ekonomi, mengganggu pendidikan dan mengancam kelangsungan hidup hidupan liar serta ekosistem serantau.
Katanya, Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) mesti dilaksanakan dengan penguatkuasaan tegas dan segera, kerana kelewatan hanya akan menambah penderitaan berjuta-juta rakyat di Asia Tenggara.
Jelasnya, langkah pertama ialah memastikan penguatkuasaan AATHP benar-benar berfungsi dan Pusat Koordinasi ASEAN (ACC) perlu diaktifkan sepenuhnya untuk memantau titik panas secara masa nyata, manakala tindakan perundangan rentas sempadan mesti digubal bagi menghukum syarikat yang menjadi dalang pembakaran, termasuk syarikat asing.
“Lebih penting, negara sumber kebakaran wajib menerima bantuan pemadaman daripada jiran dalam tempoh masa yang ditetapkan sebelum asap merebak, agar krisis dapat ditangani di peringkat awal.
“Selain itu, ASEAN perlu menggerakkan program bantuan bencana dan kemanusiaan secara menyeluruh.
“Tabung Khas Bencana Jerebu ASEAN harus diwujudkan untuk membiayai operasi pemadaman besar seperti pembenihan awan dan water bombing,” katanya hari ini.
Ahmad berkata, pasukan khas bomba dan penyelamat serantau mesti bersedia digerakkan ke lokasi kritikal, manakala bantuan perubatan segera seperti topeng N95, ubat titisan mata, dan inhaler perlu diedarkan ke kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya.
Katanya, pemulihan impak jerebu juga menuntut pendekatan multisektoral contohnya dalam bidang pendidikan, sistem amaran awal sekolah perlu diwujudkan bagi menutup sesi fizikal secara automatik dan beralih ke pembelajaran dalam talian untuk melindungi pelajar.
“Dari segi ekonomi, pelan mitigasi risiko mesti disediakan bagi sektor penerbangan, pelancongan, dan perniagaan terbuka yang terjejas akibat jarak penglihatan terhad.
“Sementara itu, pemeliharaan hidupan liar tidak boleh diabaikan; zon perlindungan khas dan koridor selamat perlu diwujudkan bagi spesies ikonik seperti Orang Utan yang kehilangan habitat dan berdepan ancaman sesak nafas,” katanya.
Beliau berkata, haiwan seperti orang utan bukan sahaja ikon malaysia dan Indonesia tetapi juga seluruh dunia. Begitu juga dengan probosis monkey (orang belanda).
Katanya, kebakaran tanah gambut juga merosakkan seluruh rantaian dalam sistem asas ekologi.
“Dalam era dunia membincangkan tentang kesihatan planet, perubahan iklim, pencemaran, dan kehilangan kepelbagaian biologi, sepatutnya seluruh dunia memberikan perhatian serius.
“Sudah lama dan berulang kali isu jerebu dan pembakaran hutan berlaku, namun dunia hanya bercakap ritorik di pentas antarabangsa tanpa tindakan jitu,” katanya. – UTUSAN
The post ASEAN tidak boleh lagi tolak ansur, jerebu rentas sempadan perlu tindakan segera appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 3 independent sources
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)13:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.