
JDT seperti sebuah kelab Eropah berpangkalan di Malaysia - Garcia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta rekod dunia terus mendapat perhatian antarabangsa apabila pencapaian luar biasa dilakar Harimau Selatan itu diterbitkan dalam satu artikel media ternama, Daily Mail. (Berita Harian, 15:16)
Read the reporting
2 reports
Rekod dunia JDT tarik perhatian tabloid British
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta rekod dunia terus mendapat perhatian antarabangsa apabila pencapaian luar biasa dilakar Harimau Selatan itu diterbitkan dalam satu artikel media ternama, Daily Mail.
Tabloid British itu menerbitkan artikel berkenaan pada 7 Oktober lalu hasil satu temu bual bersama Ketua Pegawai Eksekutif JDT yang juga bekas bintang Liverpool, Luis Garcia mengenai kejayaan Harimau Selatan mencatat rekod dunia dengan 113 perlawanan domestik tanpa kalah.
Ia sekali gus meneruskan peningkatan luar biasa kelab itu di bawah kepimpinan dan visi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT.
Mengimbas kembali pertemuan pertamanya dengan Tunku Mahkota Ismail, Garcia dalam artikel itu berkata: "Melalui peluang berkenaan, saya memahami visi baginda, usaha yang digerakkan serta perjalanan yang dilalui sejak tahun 2012.
"Ia termasuk apa yang ingin dicapai baginda bersama JDT. Usaha, komitmen dan keazaman untuk menjadikan JDT kelab terbesar di Asia Tenggara sememangnya luar biasa."
Daily Mail turut melaporkan mengenai pencapaian JDT termasuk rekod dunia, kejayaan menjuarai liga selama 12 musim berturut-turut serta mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit pada musim lalu.
Kelab itu juga menjaringkan 117 gol dalam 24 perlawanan liga, hanya dibolosi 10 gol dan memenangi semua perlawanan kecuali satu sahaja seri.
Garcia menggambarkan budaya bola sepak JDT dengan berkata: "Kami seperti sebuah kelab Eropah yang berpangkalan di Malaysia, dengan mentaliti yang sama sepenuhnya."
Beliau turut menekankan peranan akademi JDT, yang dikendalikan oleh barisan jurulatih terlatih dari Sepanyol, sebagai sebahagian daripada pendekatan kelab dalam membangunkan pemain muda.
"Kami sentiasa berusaha membuat perancangan lebih awal. Kami mahu pasukan muda kami berjaya dan memenangi trofi," kata Garcia.
Di luar padang, JDT terus memperluas kehadiran antarabangsa menerusi kerjasama komersial dengan jenama terkemuka termasuk Nike, Hublot dan Toyota.
Kelab itu juga bakal memperkenalkan JDT+, satu inisiatif yang dirangka untuk mendekatkan penyokong di seluruh dunia dengan kelab menerusi akses kepada kandungan eksklusif di sebalik tabir serta potensi penerbitan dokumentari.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:16
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.