
Ashhryshoshedap peroleh sijil halal, sasar buka cawangan di Kuala Lumpur
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Restoran Ashhryshoshedap bakal memperluas operasi perniagaannya ke Kuala Lumpur dalam tempoh dua tahun lagi selepas cawangan pertamanya di Nongchik Riverside, Johor Bahru, memperoleh pensijilan halal rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). (Utusan Malaysia, 13:24)
Read the reporting
1 report
Ashhryshoshedap peroleh sijil halal, sasar buka cawangan di Kuala Lumpur
PETALING JAYA: Restoran Ashhryshoshedap bakal memperluas operasi perniagaannya ke Kuala Lumpur dalam tempoh dua tahun lagi selepas cawangan pertamanya di Nongchik Riverside, Johor Bahru, memperoleh pensijilan halal rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pemiliknya, Ashhry Atan berkata, pengiktirafan Jakim itu menjadi antara keutamaan perniagaannya bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap aspek pemilihan bahan mentah, penyediaan makanan dan kebersihan.
Katanya, proses mendapatkan pensijilan itu memerlukan penelitian menyeluruh memandangkan restoran berkenaan menawarkan hampir 300 pilihan menu merangkumi minuman, hidangan utama dan pencuci mulut.
“Setiap bahan yang digunakan perlu melalui proses semakan, selain pihak restoran perlu menyediakan dokumen sokongan termasuk sijil halal berkaitan daripada pembekal.
“Proses mendapatkan sijil halal mengambil masa kerana kami mempunyai hampir 300 pilihan menu. Setiap bahan perlu disemak satu per satu dan dokumen berkaitan perlu dilengkapkan,” katanya.
Bagi memastikan pertumbuhan perniagaan yang mampan, Ashhry berkata, beliau mahu memberikan tumpuan kepada pengukuhan operasi dua cawangan sedia ada sebelum melaksanakan rancangan pengembangan ke lokasi baharu.
“Cawangan pertama restoran beroperasi di Nongchik Riverside, manakala cawangan kedua dibuka di Tanjung Puteri, Johor Bahru, pada Julai lalu.
“Rancangan membuka cawangan di Kuala Lumpur dalam tempoh dua tahun akan datang bergantung pada kelancaran operasi serta keupayaan mengekalkan kualiti makanan dan perkhidmatan.
“Buat masa sekarang, saya mahu fokus menjaga dua cawangan yang sudah beroperasi terlebih dahulu.
Saya mahu memastikan kualiti makanan dan perkhidmatan sentiasa konsisten sebelum mengembangkan perniagaan ke Kuala Lumpur,” katanya.
Selain pembukaan cawangan baharu, Ashhry turut merancang membangunkan dapur berpusat bagi meningkatkan kecekapan operasi dan memperluas perkhidmatan katering.
Menurutnya, kemudahan itu berpotensi membantu perniagaan memenuhi permintaan bagi pelbagai acara termasuk majlis perkahwinan, program korporat dan majlis persendirian.
Sebagai tanda kesyukuran atas pencapaian itu, Ashhry menganjurkan program sarapan percuma yang memberi peluang kepada hampir 1,000 pengunjung menikmati hidangan berkenaan pada Jumaat.
Beliau berkata, inisiatif itu turut menjadi penghargaan kepada pelanggan yang memberikan sokongan sejak restoran berkenaan mula beroperasi.
“Dalam perniagaan makanan dan minuman, kita perlu sentiasa menjaga kualiti makanan serta perkhidmatan. Tanpa konsistensi, memang sukar untuk bertahan.
“Program ini adalah salah satu cara saya berkongsi rezeki dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus menyokong Ashhryshoshedap,” katanya. – UTUSAN
The post Ashhryshoshedap peroleh sijil halal, sasar buka cawangan di Kuala Lumpur appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia13:24
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.