Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Atilia gah dalam liga sendiri

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 07:02 MYTLatest activity 13 Oct, 07:02BMconfidence 60%

What happened

AMPANG: Ada kalanya, pemahaman kita terhadap muzik dan sosok kreatif yang berkarya atas nama seni masih terlalu dangkal. Dalam kerangka komersial, kejayaan seseorang penggiat muzik sering diukur berdasarkan karya yang laris di pasaran, mendominasi carta lagu popular, dinobat sebagai juara pertandingan atau meraih perhatian menerusi fenomena tular. (Berita Harian, 07:02)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Atilia gah dalam liga sendiri

By Shamshul Azree Samshir · 13 Oct, 07:02 MYT

AMPANG: Ada kalanya, pemahaman kita terhadap muzik dan sosok kreatif yang berkarya atas nama seni masih terlalu dangkal. Dalam kerangka komersial, kejayaan seseorang penggiat muzik sering diukur berdasarkan karya yang laris di pasaran, mendominasi carta lagu popular, dinobat sebagai juara pertandingan atau meraih perhatian menerusi fenomena tular.

Namun, dalam kesibukan memenuhi definisi kejayaan dan kehendak pasaran, kita barangkali terlupa bahawa dunia muzik jauh lebih luas daripada sekadar angka, populariti dan pengiktirafan arus perdana.

Di sebalik karya yang menjadi siulan ramai, wujud bakat besar yang menawarkan keunikan, kedalaman serta perspektif tersendiri, tetapi belum diberi ruang sewajarnya untuk benar-benar menyerlah.

Persoalan itulah yang berulang kali berlegar dalam fikiran sepanjang hampir dua jam menyaksikan penyanyi, Atilia Haron, menghidupkan pentas menerusi Atilia Haron In Concert di Robert's Theatre, The Campus Ampang, baru-baru ini.

Tanpa bergantung pada gimik atau produksi pentas yang berlebihan untuk membuktikan kredibilitinya sebagai penghibur, Atilia yang juga anak kepada penyanyi senior disegani, Salamiah Hassan, memilih pendekatan lebih bersahaja dengan menjadikan kekuatan muzik, kemantapan vokal dan pesona peribadi sebagai sandaran utama memikat penonton.

Di ruang persembahan yang mampu menampung kira-kira 500 penonton itu, Atilia membuktikan dirinya bukan sekadar penyanyi yang masih bertahan dalam industri muzik, sebaliknya anak seni yang serius mengemudi perjalanan kerjaya hampir tiga dekad, dengan keyakinan terhadap muzik yang diperjuangkan serta keupayaan tersendiri dalam menyampaikan setiap karya.

Dalam ruang persembahan yang intim, Atilia membiarkan muzik berbicara, membawa penonton menyusuri perjalanan seninya menerusi karya yang bukan sahaja mencerminkan evolusi muzik, tetapi juga sisi peribadinya.

Ternyata konsert solo sulung itu dilihat sebagai medan meraikan karier seni Atilia yang mula menyanyi sejak kanak-kanak, selain menjadi ruang untuk penghibur berusia 52 tahun ini memperkenalkan semula dirinya melalui perspektif lebih matang.

Membuka konsert dengan No Fruits for Today, iaitu lagu rakaman semula milik kugiran Indonesia, Sore, Atilia tampil dalam persalinan serba hitam dengan gaya bersahaja, persis teman baik yang muncul di pentas untuk menghiburkan penonton.

Berada di hadapan kelompok peminat yang rata-ratanya boleh dianggap 'pengikut' tegar, Atilia tidak mengambil masa lama untuk menawan hati setiap penonton yang cukup 'sporting' dan setia di sisinya selama ini.

Dengan vokal lembut, bersahaja dan berkarakter, Atilia menghangatkan malam dengan lagu Salah Sangka dipetik dari album sulung, Sangkar yang dilancarkan pada 2007, disusuli Rekah, Selalu denganmu dan lagu hit ibunya, Gelombang yang diberi nafas baharu lebih rancak.

Namun, tidak terlarut larut dengan nostalgia, Atilia memberi nafas baharu kepada karya lama melalui susunan muzik lebih segar, lantas membolehkan setiap dendangan didengari dalam konteks berbeza.

Di bawah kendalian pengarah muzik, Fly Halizor, muzik langsung dan 'raw' hampir pasti menjadi antara kekuatan utama konsert berkenaan.

Permainan muzik yang kemas dan santai, bagai memberi ruang kepada Atilia untuk menjadi diri sendiri, tanpa perlu terikat dengan susunan vokal terlalu sarat seolah-olah terlalu 'dipentaskan'.

Sudah semestinya pengalaman beraksi 'live' di lounge, kelab dan persembahan eksklusif memberi kelebihan kepada Atilia untuk tampil bersahaja.

Atilia membangkitkan nostalgia dengan rangkaian lagu antaranya Sangkar, Tanpa Dirimu, Aku Curiga, Indah, Cinta Sampai Mati, Bodoh dan lagu yang mempopularkan dirinya ketika remaja, Pelangi Mimpi. Tidak ketinggalan, Atilia memberi penghormatan kepada penyanyi pujaan, Sade melalui rangkaian lagu Your Love Is King, Smooth Operator dan Sweetest Taboo dengan gaya tersendiri.

Konsert turut dihangatkan dengan kehadiran band Indonesia, Sore Ze Band yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Atilia, terutama melalui legasi Allahyarham Ade Paloh, lantas menampakkan jalinan erat mereka.

Penampilan Loque juga menjadi antara momen yang dinanti apabila mereka bergandingan menerusi karya yang sudah sinonim dengan perjalanan muzik Atilia, iaitu Kekanda Adinda.

Atilia juga mengambil kesempatan mempersembahkan single baharu berjudul Ceritera Arjuna dan Bunga yang didendangkan bersama teman duet, Razak A'ai.

Menghampiri penghujung persembahan, Atilia menghidangkan beberapa lagu yang lebih dekat dengan hati peminat seperti Harus Bagaimana, Selagi dan Sudah, sebelum menutup malam dengan Leka sebagai lagu encore.

Usai konsert, benarlah kadangkala, kejujuran dan kesederhanaan si penghibur lebih mudah menusuk di hati penonton. Pada persembahan penuh intimasi ini, peminat melihat bagaimana Atilia yang diakuinya pernah menjadi penyanyi latar dalam projek pembikinan album sulung, Feminin pada awal 1990-an, berkembang membina empayar muziknya sendiri.

Boleh dikatakan Atilia tidak terlalu mengejar arus, biarpun album Sangkar yang diterbitkan oleh Roslan Aziz boleh dianggap antara produk terbaik industri rakaman, wanita ini lebih cenderung membina dunia muzik sendiri secara perlahan, tetapi konsisten.

Hakikatnya, Atilia tahu identiti diri termasuk jalur muzik yang terus diperjuangkan. Benarlah kata Salamiah pada malam itu, dirinya bangga dengan kejayaan Atilia yang membina karier atas bakat dan keyakinannya sendiri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 07:56 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 07:02 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    07:02

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Atilia gah dalam liga sendiri
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.