
Atlet negara terus dapat sokongan AEON
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Atlet negara terus dapat sokongan AEON (Harian Metro, 15:52)
Read the reporting
1 report
Atlet negara terus dapat sokongan AEON
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: AEON Co (M) Bhd (AEON) komited untuk terus menyokong pembangunan sukan negara menerusi pelbagai inisiatif yang mampu mendekatkan masyarakat dengan atlet, sekali gus menyemarakkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Timbalan Pengarah Urusan AEON, Hidekazu Iwaoka berkata, pencapaian atlet negara di pentas antarabangsa wajar diraikan kerana dedikasi, disiplin dan semangat juang mereka mampu menjadi inspirasi, khususnya kepada generasi muda.
"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk meraikan atlet Malaysia yang membawa nama negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Dedikasi, disiplin dan semangat mereka merupakan inspirasi kepada masyarakat, khususnya generasi muda," katanya.
Menurut Iwaoka, AEON akan terus menyediakan ruang dan peluang untuk masyarakat mendekati pelbagai aktiviti sukan, selain menyokong usaha pembangunan sukan negara menerusi penglibatan bersama komuniti.
Di Malaysia, komitmen itu diterjemahkan melalui pelbagai aktiviti dan promosi di pusat beli-belah AEON sepanjang berlangsungnya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, termasuk tawaran barangan eksklusif temasya berkenaan kepada pelanggan, khususnya pemegang kad AEON dan pengguna AEON Wallet.
AEON Malaysia turut menganjurkan sesi temu mesra bersama atlet negara di tiga pusat beli-belah, iaitu AEON Mall AU2 Setiawangsa pada 29 Ogos, AEON Mall Tebrau City, Johor, pada 5 September dan AEON Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pada 12 September.
Inisiatif itu memberi peluang kepada pengunjung bertemu atlet yang membawa cabaran negara di pentas antarabangsa, manakala majlis penghargaan di AEON Mall Shah Alam turut diserikan dengan sesi temu mesra bersama atlet yang memenangi pingat pada temasya berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin melihat kerjasama antara kedua-dua pihak sebagai satu langkah positif dalam usaha melibatkan badan korporat bagi membantu pembangunan sukan di negara ini.
"Kerjasama yang dijalin bersama AEON ini amat bermakna kerana ia memberi nilai tambah terbaik kepada usaha memastikan kecemerlangan sukan berprestasi tinggi negara, terutama dalam menghadapi temasya sukan besar seperti Sukan Asia Aichi-Nagoya.
"Ia menepati hasrat kerajaan yang mahukan pembabitan syarikat korporat dalam sukan, sekali gus menghantar mesej jelas kepada atlet bahawa perjuangan mereka sentiasa dihargai oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara ini," katanya.
Semalam, AEON meraikan atlet Malaysia yang berjaya meraih pingat pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dalam satu majlis penghargaan di AEON Mall Shah Alam.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.