
Atlet SUKMA Sarawak dapat durian runtuh
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUCHING: Atlet Sarawak yang mencipta kejayaan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22, SUKMA Selangor 2026, bakal menerima ganjaran lumayan berjumlah lebih RM1 juta sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian mereka pada temasya yang berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos lalu. (Berita Harian, 16:53)
Read the reporting
1 report
Atlet SUKMA Sarawak dapat durian runtuh
KUCHING: Atlet Sarawak yang mencipta kejayaan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22, SUKMA Selangor 2026, bakal menerima ganjaran lumayan berjumlah lebih RM1 juta sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian mereka pada temasya yang berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos lalu.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan Sarawak menyediakan insentif berdasarkan pingat dimenangi serta kategori acara sama ada individu atau berpasukan.
Menurutnya, pemenang pingat emas menerima RM15,000, perak RM5,000 manakala gangsa RM3,000 sebagai penghargaan terhadap usaha dan pengorbanan atlet mengharumkan nama Sarawak.
"Insentif tambahan sebanyak RM1,000 turut diberikan kepada atlet yang berjaya memecahkan rekod sedia ada sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian istimewa itu," katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.
Abdul Karim berkata, jumlah insentif sama turut diberikan kepada atlet yang berjaya meraih pingat pada Kejohanan Para SUKMA sebagai tanda komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan sukan tanpa mengira kategori atlet.
Pada SUKMA Selangor 2026, kontinjen Sarawak berjaya mengumpul 41 pingat emas, 40 perak dan 62 gangsa untuk menduduki tempat keempat keseluruhan.
Menurut Abdul Karim, pencapaian itu bukan semata-mata dinilai berdasarkan jumlah kutipan pingat, sebaliknya perlu dilihat dalam konteks pembangunan atlet jangka panjang serta kelestarian ekosistem sukan Sarawak.
Katanya, kejayaan itu mencerminkan keazaman dan semangat juang atlet, selain dedikasi jurulatih serta pegawai yang menjadi antara tunjang kepada pencapaian kontinjen Sarawak.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.