Malaysian Attention Engine
Live wire
60General : Rantau Panjang MP Siti Zailah Injured In Kuala Lipis Road Accident51Perkhidmatan Tabung Haji kembali pulih selepas serangan siber, simpanan pendeposit dijamin selamat47Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching46Perkukuh strategi kurangkan risiko kebergantungan E&E45DAP Melaka cabar pindaan Perlembagaan ADUN Lantikan44Khidmat tren KLIA Ekspres alami gangguan, kabel terputus44Malayan Tigress pesta gol belasah Iraq 4-043World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday36Indonesia belum jawab tawaran bantuan Malaysia tangani kebakaran Kalimantan - Zahid36Miskin hina saya yang dulu tetap bangga jadi rakyat Malaysia – Stacy36Remaja dituduh bunuh pelajar politeknik36Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Azhan Rani saring watak, enggan ‘busukkan’ masyarakat

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 09:45 MYTLatest activity 12 Oct, 09:45BMconfidence 60%

What happened

MENONTON lakonan Azhan Rani ibarat menyaksikan seorang pelakon membedah emosi manusia dengan pisau seni. (Kosmo!, 09:45)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·4 min read

Azhan Rani saring watak, enggan ‘busukkan’ masyarakat

By MOHD. HAIKAL ISA · 12 Oct, 09:45 MYT

MENONTON lakonan Azhan Rani ibarat menyaksikan seorang pelakon membedah emosi manusia dengan pisau seni.

Apabila muncul sebagai penunggang agama, meluap kebencian penonton terhadap wataknya, namun ketika dia bertukar menjadi bapa sarat penderitaan, air mata mengalir laju tanpa perlu dipaksa.

Begitulah magis keupayaan Azhan menyarung watak berbeza dengan penghayatan meyakinkan sehingga laris menghiasi drama televisyen, malah lakonannya kerap mencetuskan perbualan peminat di media sosial.

Pun begitu, di sebalik pujian dan deretan watak meninggalkan kesan di hati penonton, perjalanan Azhan dalam industri perfileman tanah air rupa-rupanya tidak semanis sambutan diterimanya menerusi drama televisyen.

Selepas bertahun-tahun mengabdikan diri kepada dunia lakonan, pelakon berusia 50 tahun itu mengakui masih menanti peluang daripada pengarah filem ternama untuk memperlihatkan kemampuan lebih besar di layar perak.

Ironinya, ketika sesetengah pelakon berlumba-lumba mengejar watak utama dalam naskhah layar lebar, Azhan pula berdepan persoalan mengapa namanya masih belum menjadi pilihan pengarah filem berprofil tinggi, meskipun pengalaman dan kemahirannya sudah teruji menerusi pelbagai karakter.

Tiada nilai sinematik?

Bagaimanapun, pemenang Antagonis Pilihan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 itu tidak menyimpan dendam atau menuding jari kepada mana-mana pihak, malah menerima dengan hati terbuka, mungkin bakatnya belum memiliki nilai komersial sesuai untuk pertaruhan sesebuah filem.

“Saya pernah membantu pengarah muda menyiapkan projek akhir pengajian mereka. Ada antara mereka sampai menangis di hadapan saya kerana tidak mampu membayar upah, sedangkan penggambaran sudah melebihi tempoh ditetapkan.

“Saya cuma berpesan, suatu hari nanti saya mahu melihat mereka menjadi antara pengarah penting dalam negara. Saya tidak kisah dibayar sedikit. Saya cuma mahu mereka berjaya, menjadi pengarah hebat dan nama mereka disebut dalam industri.

“Alhamdulillah, ada antara mereka kini sudah berada pada kedudukan penting, cuma malangnya selepas berjaya, mereka tidak pernah panggil saya berlakon,” katanya kepada HibGlam.

Sambung Azhan, dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu pengkhianatan terhadap hubungan lama, apatah lagi sejak awal dia membantu atas dasar menyokong bakat baharu, bukan untuk mengikat mereka dengan sebarang janji.

“Kadang-kadang saya terserempak dengan mereka di majlis, kami bertegur sapa seperti biasa. Ada juga gurauan kononnya mereka patut ingat saya dan menawarkan watak, tetapi akhirnya tidak berlaku juga. Biasalah, itu sebahagian daripada urusan perniagaan.

“Saya tidak mengharapkan balasan dan tidak perlu menghebahkan kepada orang ramai tentang bantuan pernah saya berikan. Saya cuma bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka,” ujarnya.

Azhan enggan seseorang menawarkan kerja kepadanya hanya kerana kasihan.

Tidak selektif

Mengulas lanjut perihal kurang tawaran beraksi di layar lebar, bintang drama Bulan Henti Bicara itu menegaskan dirinya bukan anak seni yang cerewet.

“Memilih? Bagaimana hendak memilih kalau orang tidak menawarkan watak kepada saya? Jadi, saya anggap mungkin belum ada tuah untuk saya membintangi filem.

“Saya bukan jenis menagih mereka mengambil saya berlakon. Malah, dengan pengarah drama pun saya tidak pernah merayu supaya diberikan watak. Saya enggan seseorang menawarkan kerja kerana kasihan.

“Mungkin wajah saya belum mempunyai nilai sinematik untuk dijual. Filem berbeza dengan drama kerana mempertaruhkan kos produksi dan perlu mendapatkan keuntungan, sedangkan drama biasanya sudah mempunyai pembeli daripada stesen televisyen,” jelasnya.

Paling penting kata Azhan, keadaan itu tidak membuatkannya berasa rendah diri kerana rezeki dalam bidang drama masih terbuka luas, malah dia bersyukur pendapatannya mencukupi untuk menampung kehidupan.

“Sejujurnya, saya tidak mempunyai masalah untuk menerima watak kecil. Satu atau dua babak pun tidak mengapa, asalkan saya mampu melaksanakannya dari segi masa dan kesihatan, selain watak itu bersesuaian dengan saya.

“Kalau kena dengan jiwa, saya buat. Kalau tidak sesuai, saya terima juga hakikatnya. Saya tidak kaya, tetapi Alhamdulillah, rezeki daripada drama masih mencukupi untuk saya meneruskan kehidupan. Itu pun sudah memadai,” ungkapnya.

Sensitiviti ada batasnya

Beralih topik pelbagai isu sensitif berkaitan naskhah tempatan kebelakangan ini, Azhan berkata, perkara tersebut wajar diberi perhatian kerana karya seni mempunyai pengaruh tersendiri terhadap penonton, khususnya golongan muda.

Baginya, watak ganas atau sarat dengan bahasa kesat mungkin pernah menjadi sebahagian daripada rezekinya, namun kini dia lebih berhati-hati terhadap kesan jangka panjang sesuatu lakonan.

“Dulu, orang suka melihat watak saya sebagai Tauke menerusi siri KL Gangster Underworld, cakap lepas dan menggunakan bahasa kesat tapi apabila semakin berusia, saya sendiri berasa malu apabila kanak-kanak mengajuk dialog watak itu di hadapan saya.

“Saya pernah shooting di sekolah tahfiz. Pelajar berjubah dan berserban memanggil saya dengan dialog kasar daripada watak Tauke. Ketika itu, saya terfikir bahawa mereka menonton dan menggemari watak tersebut, sedangkan saya tahu perlakuan itu tidak patut dicontohi.

“Ya, memang lakonan tetapi saya bertanggungjawab terhadap apa dipersembahkan kepada penonton. Sebab itu, pada usia sekarang, saya cuba mengurangkan watak terlalu ganas atau sering memukul isteri,” tuturnya.

Jelasnya lagi, pengalaman menghayati watak tertentu turut membuatkannya lebih terbuka berbincang dengan pengarah dan penerbit sekiranya terdapat babak dirasakan keterlaluan.

Dalam perkembangan lain, Azhan bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Bisikan yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 19 November depan.

Naskhah arahan Opie Zami itu diangkat daripada kisah benar yang mengetengahkan elemen misteri dan suspen.

Bisikan membawa penonton menyelami penderitaan yang ditanggung pesakit mental khususnya skizofrenia, termasuk pengalaman berhalusinasi serta gangguan berupa bisikan misteri.

Selain Azhan, filem itu turut dibintangi Iman Zulkarnain, Vanidah Imran, Fatin Afeefa Rayyana Rayqa dan menampilkan kemunculan istimewa Altimet.

The post Azhan Rani saring watak, enggan ‘busukkan’ masyarakat appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:00
Latest 10:00 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
12 Oct, 09:45 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    09:45

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.